Semua kru operasi aktif AirAsia Malaysia, AirAsia X bebas dadah
Saringan membabitkan semua kru operasi yang aktif, terdiri daripada juruterbang dan kru kabin kedua-dua syarikat penerbangan itu.

AirAsia Group melaksanakan ujian saringan bagi memastikan kru operasi aktif bebas daripada bahan terlarang. - Gambar AirAsia — AirAsia
SEMUA kru operasi aktif AirAsia Malaysia dan AirAsia X Malaysia didapati negatif dadah menerusi saringan yang dijalankan bagi memastikan staf berkenaan layak melaksanakan tugas dengan profesional.
Menurut AirAsia Group (dahulunya dikenali sebagai AirAsia X Bhd.), saringan membabitkan semua kru operasi yang aktif, terdiri daripada juruterbang dan kru kabin kedua-dua syarikat penerbangan itu.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Kapten Suresh Bangah berkata, aspek keselamatan dan sekuriti merupakan perkara asas dalam setiap operasi AirAsia dan pihaknya tidak bertolak ansur terhadap penggunaan dadah.
"Semua juruterbang dan kru kabin tertakluk kepada syarat ketat berkaitan kelayakan untuk menjalankan penerbangan, termasuk ujian dadah dan alkohol secara berkala, sebagai sebahagian daripada rangka kerja keselamatan yang telah ditetapkan oleh kumpulan.
"Langkah ini memastikan kru operasi kami berada dalam keadaan yang sesuai untuk melaksanakan tugas dengan selamat dan profesional," jelasnya dalam kenyataan.
Beliau menambah, pihaknya akan terus mengekalkan piawaian ketat ini dalam semua operasi, selaras dengan keperluan peraturan yang berkuat kuasa serta amalan terbaik industri.
Tentang Penulis

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.
Dari Penulis
Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara
Metra Syahril Mohamed · 14 September 2026 pada 01:37 PTG

KKM beri jaminan kesan penangguhan FDS akan diminimumkan
Metra Syahril Mohamed · 14 September 2026 pada 09:16 PG

Operasi tutup samseng jalanan: 116 saman dikeluarkan, 50 motosikal disita
Metra Syahril Mohamed · 13 September 2026 pada 09:24 PG

Tragedi helikopter di Long Lellang: Penyerahan jenazah dilaksanakan hari ini
Metra Syahril Mohamed · 13 September 2026 pada 08:42 PG
Berita berkaitan

LBS buka pasar raya Mydin pertama di KITA@Cybersouth
The Step · 14 September 2026 pada 09:17 PG

Ekonomi Malaysia Berkembang 5.7 Peratus Pada Separuh Pertama 2026, Ringgit Menguat
Danial Adam · 4 September 2026 pada 06:00 PTG

Ringgit kekal stabil berbanding dolar AS awal September
Danial Adam · 4 September 2026 pada 05:00 PTG


