KLIA ditutup akibat jerebu? Ini jawapan balas Malaysia Airports...
MAHB mengajak semua pihak memainkan peranan dalam membendung penyebaran berita palsu dengan menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum berkongsinya.

MALAYSIA Airports Holdings Berhad (MAHB) menyedari terdapat maklumat yang tersebar dalam talian mendakwa bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditutup akibat jerebu.
Untuk itu MAHB menegaskan bahawa maklumat tersebut adalah tidak benar.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan dan merujuk hanya kepada saluran komunikasi rasmi Malaysia Airports bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini mengenai operasi lapangan terbang," jelasnya.
MAHB mengajak semua pihak memainkan peranan dalam membendung penyebaran berita palsu dengan menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum berkongsinya.
Berita berkaitan

Kopi Hut ambil masa setahun peroleh sijil halal JAKIM

Komitmen kewangan: Fahami kos, risiko dan bandingkan pilihan
Oleh The Step26 Oktober 2026 pada 10:03 PG
Gangguan fungsi navigasi: TuJu mohon maaf kepada pengguna
Oleh The Step23 Oktober 2026 pada 09:13 PTG

