The Step - Every Story Moves You

Jenama ANAS Cosmetics kekal nombor satu di TikTok Shop Malaysia, catat jualan hampir 12 juta unit

Pencapaian membanggakan termasuk di  platform dalam talian e- dagang seperti TikTok dan Shopee.

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan8 Oktober 2026 pada 07:31 PG3 min bacaanDikemas kini 8 Oktober 2026 pada 07:45 PG
Anas Zahrin segak berbaju Melayu biru di samping adiknya, Fikri Rayyan, Ashhry dan Mazlina.

Anas Zahrin segak berbaju Melayu biru di samping adiknya, Fikri Rayyan, Ashhry dan Mazlina.

Usahawan dan pempengaruh popular, Anas Zahrin terus ampuh mengukuhkan jenama kebanggaannya, ANAS Cosmetics sejak hampir sedekad  itu.

Malah jenama diusahakan anak jati Kota Tinggi, Johor sejak tahun 2017 itu saban tahun mengecap kejayaan manis dan pencapaian membanggakan termasuk di  platform dalam talian e- dagang seperti TikTok dan Shopee.

Tahun ini, jenama berkenaan terbang tinggi lagi apabila disenaraikan masih kebal sebagai TikTok Shop di tangga nombor satu di Malaysia menewaskan jenama tempatan lain dengan jualan hampir 12 juta unit.

Anas Zahrin segak berbaju Melayu biru di samping adiknya, Fikri Rayyan, Ashhry dan Mazlina.
Anas Zahrin segak berbaju Melayu biru di samping adiknya, Fikri Rayyan, Ashhry dan Mazlina.

Ia dinyatakan dalam laporan platform dalam talian, Echotik Blog bertarikh 8 Julai lalu yang berkongsi data, berita, tips, strategi untuk platform TikTok dan penjanaan kewangan (monetization).

Menurut laporan Echotik Blog itu, rata-rata produk kosmetik dan kecantikan masih menjadi pilihan ramai di platform TikTok seluruh dunia, termasuklah jenama Medicube dan Unilever di pasaran negara lain.

“Setiap hari  saya tak pernah putus doa mengharapkan perjalanan perniagaan kosmetik dan penjagaan peribadi saya terus memberi manfaat ramai. Ternyata,  di sebalik keadaan ekonomi tidak menentu dan persaingan jualan banyak produk di TikTok,  barangan kosmetik keluaran saya masih menjadi pilihan ramai.

“Menjadi yang pertama di TikTok Shop itu juga buka tiket untuk saya mendabik dada. Sebaliknya pencapaian itu menjadi kayu pengukur bahawa memang ada produk keluaran tempatan atau bumiputera  yang boleh diterima ramai.

“Kita boleh bangga dengan produk keluaran anak tempatan. Jika jenama terkenal luar negara boleh, Kita juga boleh ikut jejak sama atau lebih Baik daripada mereka,” katanya yang berangkat ke Tanah Suci Makkah menunaikan umrah hari ini.

Tiga anugerah yang dirangkul ANAS Cosmetics April lalu
Tiga anugerah yang dirangkul ANAS Cosmetics April lalu

Tidak terhenti di situ, jenama berkenaan April lalu turut unggul dalam tiga kategori di TikTok Shop 2026 bagi kategori Top 1 Pencipta Kandungan, Top 1 Penjual Tempatan, Top 3  Penjual masing - masing untuk skop kecantikan, kesihatan dan penjagaan peribadi di Malaysia.

“Alhamdulilah, saban tahun, saya diiktiraf di TikTok. Usaha Tak pernah mengkhianati hasil. Ungkapan keramat itu takkan lekang dalam diri. Setiap hari menjadi penanda baharu dan motivasi untuk terus maju ke hadapan.

“Baru-baru ini, saya juga Cukup teruja   kerana mencapai jualan satu juta dalam tempoh sekali penstriman langsung diadakan di TikTok.

“Dulu pada awalnya tiada siapa yang percaya, malah ada yang sinis ketawa  memandang rendah saat saya jadikan platform TikTok untuk berniaga. Bahkan akhirnya,  saya berjaya buktikan yang platform ini juga boleh menjadi satu medan magnet rezeki untuk saya kongsi dengan semua pihak,” katanya.

Anas Zahrin tersenyum bangga dengan kejayaannya tahun ini di TikTok Shop di samping pihak TikTok
Anas Zahrin tersenyum bangga dengan kejayaannya tahun ini di TikTok Shop di samping pihak TikTok

Dalam pada itu, Pemenang Anugerah Tiktok Malaysia 2023 bagi kategori Tiktok Shop Creator of The Year itu juga percaya rezeki yang datang berkat doa ibu tersayang, Hajjah Hamida Dan.

Tebal dengan sikap merendah diri dan gemar berkongsi rezeki dengan insan lain, Anas  Zahrin sudah hampir 10 tahun membina jenama ANAS Cosmetics
Tebal dengan sikap merendah diri dan gemar berkongsi rezeki dengan insan lain, Anas Zahrin sudah hampir 10 tahun membina jenama ANAS Cosmetics

“Selain doa mak dan keluarga, sahabat tersayang serta staf juga menjadi individu  yang tak henti dan tanpa jemu menyokong perniagaan dilakukan ini. Terima kasih tak terhingga dari dalam hati ini.

“Doakan saya terus melakar sejarah dan terbang lebih tinggi. Doakan saya di kelilingi orang yang baik baik supaya boleh kongsi rezeki  dengan lebih ramai insan.

“Semoga  Allah SWT terus kurniakan rezeki yang melimpah ruah.  Rezeki yang tak putus putus. Bukan saya yang hebat

tapi doa mustajab mak yang tak pernah penat dipanjangkan,” Katanya.

Anas Zahrin bersama Ahmad Yusof yang juga rakan baiknya.
Anas Zahrin bersama Ahmad Yusof yang juga rakan baiknya.
Dua pempengaruh hebat, Anas Zahrin dan Khairul Aming saling menyokong
Dua pempengaruh hebat, Anas Zahrin dan Khairul Aming saling menyokong

Dalam perkembangan lain, Anas turut memberitahu yang dia juga dilantik TikTok sebagai mentor bagi pencipta kandungan lain di TikTok Shop Creator Icon musim kedua.

“khairul Aming pun bertindak sebagai mentor dalam gerakan diusahakan TikTok itu.

“Malah ahli perniagaan hebat juga diundang termasuk Datuk Seri Aliff Syukri sebagai tetamu untuk berkongsi pengalaman mereka,” Katanya.

Dua pempengaruh hebat, Anas Zahrin dan Khairul Aming saling menyokong
Dua pempengaruh hebat, Anas Zahrin dan Khairul Aming saling menyokong
Dua pempengaruh hebat, Anas Zahrin dan Khairul Aming saling menyokong
Bersama Datuk Seri Aliff Shukri, Datin Seri Shahida, Khairul Aming dan Ustaz Ahmad
Dua pempengaruh hebat, Anas Zahrin dan Khairul Aming saling menyokong

Kejayaan ANAS Cosmetics ini juga membuktikan bahawa sudah tiba masanya rakyat Malaysia terus menyokong produk tempatan. Malah ia dilihat tepat dengan gerakan netizen serta rakyat di negara ini memboikot sebuah jenama  luar atas isu sensitif dibangkitkan.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com