BSN perluas akses perbankan perniagaan usahawan mikro, penjaja
Direka khusus untuk usahawan mikro dan Penjaja, BSN BizGrow menyediakan akses kepada akaun perniagaan, Term Deposit-i, pembayaran tanpa tunai DuitNow QR, penyelesaian Terminal POS dan perbankan internet BSNeBiz.

Mujibburrahman Abd Rashid bersama Ketua Jabatan Deposit, Pembayaran & Rangkuman Kewangan BSN, Noreidayu Harun ketika Majlis Pelancaran BizGrow dan BizGrow+ di Wisma BSN, baru-baru ini. — BSN
BANK Simpanan Nasional (BSN) memperluas akses perbankan perniagaan untuk usahawan mikro termasuk penjaja menerusi pelancaran BSN BizGrow dan BSN BizGrow+.
Usaha ini sekali gus meningkatkan sokongan bank yang melangkaui pembiayaan menerusi rangkaian penyelesaian perbankan, pembayaran serta pendigitalan yang lebih menyeluruh.
Jelas BSN, pembiayaan merupakan antara bentuk sokongan utama BSN kepada sektor perusahaan mikro di Malaysia.
"Sehingga Julai 2026, BSN telah menyalurkan RM5.3 bilion pembiayaan mikro kepada lebih 180,000 usahawan mikro di seluruh negara.
"Seiring dengan perkembangan perniagaan usahawan mikro, BSN BizGrow dan BSN BizGrow+ memenuhi keperluan operasi mereka yang turut berkembang dengan menawarkan perkhidmatan merangkumi pengurusan transaksi harian, penerimaan pembayaran digital serta akses terhadap kemudahan perbankan yang dapat menyokong kelancaran operasi perniagaan, sekali gus membantu mereka membuat persediaan untuk fasa pertumbuhan seterusnya," jelasnya.
Terdahulu Pemangku Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rashid berkata, usahawan mikro merupakan komponen penting dalam ekonomi Malaysia, dan BSN telah menyokong pembangunan mereka sejak berdekad lalu.
Menurut beliau, hasrat BSN adalah dengan urusan perbankan yang lebih mudah dan lancar, mereka dapat memberikan lebih tumpuan kepada usaha mengembangkan perniagaan.
"Oleh itu, dengan BSN BizGrow dan BSN BizGrow+, kami memudahkan mereka untuk mendapatkan akses kepada penyelesaian yang diperlukan menerusi pengalaman perbankan yang lebih mudah dan bersepadu.
"Sama ada mereka sedang mengambil langkah pertama atau bersedia untuk fasa pengembangan seterusnya, kami mahu BSN menjadi rakan perbankan yang boleh berkembang bersama mereka," katanya.
Beliau menambah, sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan, BSN kekal komited untuk memperluas akses kepada penyelesaian kewangan yang relevan dan menyokong lebih banyak perniagaan untuk mengambil bahagian dalam ekonomi digital dengan yakin.
Direka khusus untuk usahawan mikro dan Penjaja, BSN BizGrow menyediakan akses kepada akaun perniagaan, Term Deposit-i, pembayaran tanpa tunai DuitNow QR, penyelesaian Terminal POS dan perbankan internet BSNeBiz.
Pemilik tunggal dan penjaja yang layak turut boleh mendapatkan kad debit perniagaan BSN Visa, yang membolehkan pembayaran perniagaan dan pengeluaran tunai dilaksanakan di dalam serta luar negara, dengan transaksi dipantau dan diurus melalui BSNeBiz.
Sementara itu, BSN BizGrow+ direka untuk perusahaan kecil dan sederhana dan organisasi bukan individu yang lain, dengan menawarkan akaun perniagaan, Term Deposit-i, DuitNow QR, penyelesaian Terminal POS, perbankan internet BSNeBiz dan Skim Penggajian.
Secara keseluruhannya, kedua-dua produk ini mencerminkan komitmen BSN dalam memberi sokongan berterusan terhadap para usahawan melalui penyelesaian perbankan perniagaan yang komprehensif serta sentiasa berkembang, seiring dengan keperluan mereka.
Tentang Penulis

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.
Dari Penulis

Kerajaan adakan mesyuarat khas, teliti langkah kurangkan kesan kenaikan bil elektrik
Metra Syahril Mohamed · 16 September 2026 pada 03:18 PTG

Kemelut bil elektrik: Rakyat terhimpit, PPIM tuntut penjelasan
Metra Syahril Mohamed · 16 September 2026 pada 01:10 PTG

Asian Tiger? Rasuah, korupsi, politik pecah belah jejaskan Malaysia
Metra Syahril Mohamed · 16 September 2026 pada 12:07 PTG

Jabatan Imigresen gempur tapak projek hangar pesawat, 173 warga asing ditahan
Metra Syahril Mohamed · 16 September 2026 pada 09:14 PG
Berita berkaitan

Semua kru operasi aktif AirAsia Malaysia, AirAsia X bebas dadah
Metra Syahril Mohamed · 14 September 2026 pada 02:37 PTG

LBS buka pasar raya Mydin pertama di KITA@Cybersouth
The Step · 14 September 2026 pada 09:17 PG

Ekonomi Malaysia Berkembang 5.7 Peratus Pada Separuh Pertama 2026, Ringgit Menguat
Danial Adam · 4 September 2026 pada 06:00 PTG


