EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Bisnes

AirAsia perkukuh Kuala Lumpur hab mega tambang rendah nombor satu dunia

Rangkaian penerbangan AirAsia yang luas, disokong oleh kekerapan penerbangan yang tinggi, memainkan peranan penting dalam memperkukuh kesalinghubungan dari Kuala Lumpur, menghubungkan ibu negara Malaysia dengan pelbagai destinasi di ASEAN, Asia, Australia dan seterusnya.

Metra Syahril Mohamed18 September 2026 pada 03:07 PTGDikemas kini 18 September 2026 pada 03:08 PTG
Rangkaian penerbangan AirAsia yang luas, disokong oleh kekerapan penerbangan yang tinggi, memainkan peranan penting dalam memperkukuh kesalinghubungan dari Kuala Lumpur.

Rangkaian penerbangan AirAsia yang luas, disokong oleh kekerapan penerbangan yang tinggi, memainkan peranan penting dalam memperkukuh kesalinghubungan dari Kuala Lumpur.AirAsia

AIRASIA terus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab penerbangan global menerusi rangkaian penerbangannya yang meluas.

Ia membolehkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengekalkan kedudukannya sebagai hab mega penerbangan antarabangsa keempat paling berhubung di dunia, selain menduduki nombor satu dunia dalam Indeks Hab Mega Tambang Rendah OAG 2026.

Menurut laporan Megahubs terbaharu OAG, Kuala Lumpur turut mengekalkan kedudukan teratas sebagai hab mega dengan rangkaian penerbangan paling meluas di Asia Pasifik.

Ia melalui kesalinghubungan yang luas menerusi AirAsia dan syarikat penerbangan lain yang menghubungkan penumpang ke 154 destinasi serta menawarkan hampir 15,000 pilihan penerbangan tambang rendah.

Laporan tersebut turut menamakan AirAsia sebagai syarikat penerbangan terkemuka di Kuala Lumpur, dengan menyumbang 34 peratus daripada keseluruhan penerbangan di lapangan terbang berkenaan.

Rangkaian penerbangan AirAsia yang luas, disokong oleh kekerapan penerbangan yang tinggi, memainkan peranan penting dalam memperkukuh kesalinghubungan dari Kuala Lumpur, menghubungkan ibu negara Malaysia dengan pelbagai destinasi di ASEAN, Asia, Australia dan seterusnya.

Pengiktirafan ini membuktikan peranan penting AirAsia dalam memperluas akses perjalanan dari Kuala Lumpur, sekali gus mengukuhkan kedudukan ibu negara sebagai pintu masuk utama bagi perjalanan serantau.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Bo Lingam berkata, pencapaian berterusan Kuala Lumpur sebagai antara hab penerbangan paling berhubung di dunia membuktikan kekukuhan rangkaian AirAsia yang telah dibina dari Malaysia selama ini.

Ia juga katanya, mencerminkan kerjasama erat AirAsia bersama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam menyokong dan memperkukuh ekosistem penerbangan negara.

"Dalam menghadapi cabaran semasa yang melanda industri penerbangan, AirAsia sebagai syarikat penerbangan terkemuka di Kuala Lumpur kekal komited untuk memperkukuh kesalinghubungan serantau dan menjadikan perjalanan udara lebih mudah diakses oleh jutaan penumpang.

"Rangkaian kami yang meluas akan terus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pelancongan di Malaysia dan ASEAN, khususnya sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

"Lebih daripada sekadar pelancongan, kesalinghubungan ini turut membuka lebih banyak peluang untuk perdagangan, perniagaan dan mobiliti serantau, sekali gus menyumbang kepada sektor ekonomi yang lebih luas serta mengukuhkan Kuala Lumpur sebagai pintu masuk utama ke ASEAN dan seterusnya," katanya.

Katanya, dengan rangkaian penerbangannya yang terus berkembang, AirAsia kekal fokus untuk memperkukuh kesalinghubungan antara ASEAN dan pasaran-pasaran utama di seluruh dunia, di samping membuka lebih banyak peluang untuk perjalanan udara mampu milik serta terus memperkukuh peranannya sebagai penghubung serantau utama.

Tentang Penulis

Foto profil Metra Syahril Mohamed
Metra Syahril Mohamed

Penulis

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.

Berita berkaitan