Tukar gambar, ubah biodata pasport… 71 individu dicekup Imigresen
Antara modus operandi yang dikenal pasti termasuk pemalsuan pasport melalui penggantian gambar, pengubahan maklumat biodata serta penggunaan identiti pekerja asing lain bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.


Antara modus operandi yang dikenal pasti termasuk pemalsuan pasport melalui penggantian gambar, pengubahan maklumat biodata serta penggunaan identiti pekerja asing lain bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.
JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) melaksanakan 17 operasi penguatkuasaan dan menahan 71 individu sejak 2024 hingga kini berhubung kegiatan pemalsuan dokumen serta dokumen perjalanan, termasuk bagi tujuan pemeriksaan kesihatan pekerja asing.
JIM dalam kenyataan menerusi Facebook rasminya memaklumkan, kegiatan pemalsuan pasport dan pengubahsuaian maklumat biodata itu dikenal pasti melalui risikan serta operasi penguatkuasaan yang dijalankan sejak 2024.
Menurut jabatan itu, pihaknya mengambil maklum mengenai penularan semula hantaran di media sosial berkaitan dakwaan penggunaan pasport palsu bagi tujuan pemeriksaan kesihatan pekerja asing, yang sebelum ini pernah tular pada April 2026.
“JIM ingin menjelaskan bahawa kegiatan pemalsuan pasport dan pengubahsuaian maklumat biodata bagi tujuan pemeriksaan kesihatan pekerja asing telah dikenal pasti melalui risikan dan operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan sejak tahun 2024,” katanya.
JIM menjelaskan, kegiatan berkenaan mempunyai kaitan dengan urusan pemeriksaan kesihatan dan permohonan lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).
Antara modus operandi yang dikenal pasti termasuk pemalsuan pasport melalui penggantian gambar, pengubahan maklumat biodata serta penggunaan identiti pekerja asing lain bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.
Perbuatan itu dipercayai bertujuan mendapatkan keputusan pemeriksaan kesihatan yang memenuhi syarat bagi urusan lanjutan PLKS.
Bagaimanapun, JIM menegaskan kegiatan berkenaan tidak semestinya bermaksud dokumen palsu itu digunakan untuk memasuki Malaysia.
Menurut jabatan itu, kegiatan berkenaan turut melibatkan pekerja asing yang sedang dalam proses melanjutkan PLKS, khususnya mereka yang bimbang tidak melepasi pemeriksaan kesihatan atau menggunakan khidmat pihak ketiga untuk menguruskan pemeriksaan berkenaan.
JIM memandang serius sebarang kegiatan pemalsuan dokumen dan penyalahgunaan kemudahan imigresen serta akan terus mempergiat risikan dan operasi penguatkuasaan.
Tindakan tegas akan diambil terhadap individu, sindiket atau mana-mana pihak yang bersubahat mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan berkenaan diminta menyalurkannya kepada JIM bagi membantu usaha penguatkuasaan.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

.webp&w=3840&q=75)
Warga Bangladesh mengaku tidak bersalah dakwaan sogok polis marin RM750
Oleh The Step28 Oktober 2026 pada 09:07 PG
2,097 pegawai, anggota polis ditahan atas kesalahan dadah, samun, rasuah
Oleh The Step28 Oktober 2026 pada 08:32 PG

