2,097 pegawai, anggota polis ditahan atas kesalahan dadah, samun, rasuah
Seramai 1,551 orang warga PDRM telah ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi tempoh 2021 hingga Ogos tahun ini.

Bagi kesalahan samun, seramai 64 orang pegawai dan anggota PDRM telah ditangkap bagi tempoh 2021 hingga Ogos 2026.
SERAMAI 2,097 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah ditangkap berkaitan kesalahan dadah, samun dan rasuah, untuk tempoh 2021 sehingga Ogos tahun ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah tersebut terdiri daripada 1,551 orang bagi kesalahan dadah manakala 64 orang (kesalahan samun) dan 482 orang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bagi kesalahan dadah katanya, seramai 1,551 orang warga PDRM telah ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi tempoh 2021 hingga Ogos tahun ini.
"Pecahan tangkapan mengikut tahun adalah sebanyak 357 orang pada tahun 2021, 248 orang (2022), 245 orang (2023), 310 orang (2024), 256 orang (2025) dan 135 orang bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini," jelasnya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) mengenai jumlah anggota polis yang ditangkap sejak 2021 kerana kesalahan dadah, rompakan dan rasuah serta status siasatan terhadap 12 anggota polis yang disyaki merompak kira-kira RM200,000 mata wang kripto daripada sekumpulan warga China di Country Heights, Kajang pada Februari tahun ini.
Saifuddin berkata, bagi kesalahan samun, seramai 64 orang pegawai dan anggota PDRM telah ditangkap bagi tempoh 2021 hingga Ogos 2026.
Katanya, pecahan tangkapan mengikut tahun adalah sebanyak 10 orang pada 2021, 10 orang (2022), 11 orang (2023), 13 orang (2024), 10 orang (2025) dan 10 orang bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.
Bagi tangkapan warga PDRM oleh SPRM pula katanya, bagi tempoh tahun 2021 hingga Ogos 2026, seramai 482 orang warga PDRM telah ditangkap.
Jelas beliau, daripada jumlah tersebut, seramai 77 orang ditangkap pada 2021, 86 orang (2022), 129 orang (2023), 53 orang (2024), 87 orang (2025( dan 50 orang bagi tempoh Januari hingga Ogos 2026.
"Berhubung kes samun yang melibatkan 12 orang anggota polis terhadap sekumpulan warga China di Country Heights, Kajang pada 5 Februari 2026, PDRM telah membuka kertas siasatan berkenaan perkara ini dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya.
Berita berkaitan

.webp&w=3840&q=75)
Warga Bangladesh mengaku tidak bersalah dakwaan sogok polis marin RM750
Oleh The Step28 Oktober 2026 pada 09:07 PG
Penilaian pemantapan pendidikan Rukun Negara di Tabika Perpaduan meningkat
Oleh The Step28 Oktober 2026 pada 07:45 PG

