Warga Bangladesh mengaku tidak bersalah dakwaan sogok polis marin RM750
Tertuduh, Shamim, 43, didakwa atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
.webp&w=3840&q=75)
Warga Bangladesh didakwa cuba menawarkan dan memberikan rasuah kepadaPegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin.
SEORANG operator kilang warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Jenayah Sesyen 1 (Khas Rasuah) Johor Bahru atas dakwaan menawarkan dan memberikan rasuah sebanyak RM750 kepada Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin, 21 Oktober lalu.
Ia sebagai dorongan supaya pegawai berkenaan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap rakan tertuduh yang didakwa melakukan kesalahan memiliki arak tidak bercukai di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Tertuduh, Shamim, 43, didakwa atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Hakim N. Kanageswari menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 secara cagaran wang tunai dengan seorang penjamin warganegara Malaysia yang merupakan majikan tertuduh.
Tertuduh juga dikehendaki melaporkan diri di pejabat SPRM berhampiran sekali setiap bulan.
Mahkamah menetapkan 1 Disember ini untuk sebutan semula kes.
Berita berkaitan

Tukar gambar, ubah biodata pasport… 71 individu dicekup Imigresen


2,097 pegawai, anggota polis ditahan atas kesalahan dadah, samun, rasuah
Oleh The Step28 Oktober 2026 pada 08:32 PG

