The Step - Every Story Moves You

Penilaian pemantapan pendidikan Rukun Negara di Tabika Perpaduan meningkat

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) sentiasa komited memastikan Tabika Perpaduan berfungsi sebagai wadah utama dalam menyemai semangat perpaduan, integrasi nasional serta budaya hormat-menghormati seawal usia prasekolah.

TS
Oleh The StepPengarang Berita28 Oktober 2026 pada 07:45 PG1 min bacaanDikemas kini 28 Oktober 2026 pada 07:48 PG
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

STRATEGI pemantapan Modul Pendidikan Rukun Negara di Tabika Perpaduan telah membuahkan hasil yang positif apabila menunjukkan peningkatan peratusan penilaian kepada 71.8 peratus (%), tahun lalu, berbanding 54.5% pada 2022.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, pihaknya akan terus menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta latihan guru bagi memastikan generasi muda Malaysia membesar dengan jiwa patriotik dan semangat perpaduan yang kukuh.

Jelas beliau, pihaknya mengukur keberkesanan pencapaian matlamat integrasi nasional seawal usia prasekolah melalui dua kaedah penilaian bagi kanak-kanak berusia enam tahun sebagai salah satu indikator iaitu Penilaian Rukun Negara dan Penilaian Kemahiran Membaca.

"Penilaian ini menunjukkan trend peningkatan yang positif dari 2021 hingga 2024, dengan pencapaian kemahiran membaca meningkat daripada 70.8% pada tahun 2021 kepada 84.0% pada tahun 2024.

"Walaupun berlaku penurunan kecil sebanyak dua mata peratusan kepada 82.0% pada tahun lalu, keadaan ini dipengaruhi oleh perbezaan kohort murid," jelasnya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Dr. Halimah Ali (PN-Kapar) mengenai sejauh mana kejayaan Tabika Perpaduan mencapai matlamat menyemai budaya hormat-menghormati dan perpaduan di antara kaum di seluruh negara.

Namun demikian jelas Aaron, pencapaian keseluruhan kekal pada tahap melebihi 80%, menunjukkan tahap kemahiran membaca murid secara keseluruhannya masih berada pada tahap yang baik.

"Kementerian Perpaduan Negara (KPN) sentiasa komited memastikan Tabika Perpaduan berfungsi sebagai wadah utama dalam menyemai semangat perpaduan, integrasi nasional serta budaya hormat-menghormati seawal usia prasekolah," katanya.

Terdahulu beliau memberitahu, jumlah keseluruhan Tabika Perpaduan di seluruh negara adalah sebanyak 1,781 buah.

Berikut adalah perincian taburan mengikut negeri:

Tabika Perpaduan seluruh negara.
Tabika Perpaduan seluruh negara.
Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com