Remaja maut, motosikal rempuh lembu
Siasatan awal mendapati motosikal mangsa melanggar seekor lembu yang berada di atas jalan raya ketika tiba di lokasi kejadian

Keadaan motosikal mangsa selepas merempuh seekor lembu dalam kejadian di Kilometer 11, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, malam tadi.
SEORANG remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor lembu di Kilometer 11, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa menunggang motosikal miliknya dari arah Gua Musang menghala ke Kuala Krai.
Jelas beliau, siasatan awal mendapati motosikal mangsa melanggar seekor lembu yang berada di atas jalan raya ketika tiba di lokasi kejadian.
"Akibat pelanggaran tersebut, mangsa tercampak ke atas jalan raya manakala motosikal yang ditunggangnya terseret kira-kira 80 meter dari tempat mangsa terjatuh.
"Seekor lembu yang terlibat dalam kemalangan tersebut turut ditemukan mati di tepi jalan," jelasnya.
Choon Foo berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk tujuan bedah siasat.
Kes katanya, disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
"Sehubungan itu orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta untuk menyalurkan maklumat bagu membantu siasatan," jelasnya.
Berita berkaitan

Tukar gambar, ubah biodata pasport… 71 individu dicekup Imigresen
.webp&w=3840&q=75)
Warga Bangladesh mengaku tidak bersalah dakwaan sogok polis marin RM750
Oleh The Step28 Oktober 2026 pada 09:07 PG
2,097 pegawai, anggota polis ditahan atas kesalahan dadah, samun, rasuah
Oleh The Step28 Oktober 2026 pada 08:32 PG

