The Step - Every Story Moves You

Kenderaan guna tulisan 'Bomba' bukan milik JBPM Kedah

JBPM Kedah memberitahu, pihaknya memandang serius sebarang penggunaan identiti jabatan yang boleh mengelirukan orang awam serta menjejaskan imej dan kredibiliti perkhidmatan kebombaan.

TS
Oleh The StepPengarang Berita28 Oktober 2026 pada 10:20 PG1 min bacaanDikemas kini 28 Oktober 2026 pada 10:22 PG
Tangkap layar daripada video yang tular mengenai sebuah kenderaan yang menggunakan tulisan 'Bomba' dan dilengkapi lampu amaran khas (beacon light).

Tangkap layar daripada video yang tular mengenai sebuah kenderaan yang menggunakan tulisan 'Bomba' dan dilengkapi lampu amaran khas (beacon light).

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah mengesahkan sebuah kenderaan yang tular menggunakan tulisan 'Bomba' dan dilengkapi lampu amaran khas (beacon light) tidak tersenarai sebagai kenderaan rasmi jabatan itu.

Menurut JBPM Kedah, pihaknya mengambil maklum mengenai video tular di media sosial yang memaparkan mengenai perkara tersebut.

"Untuk makluman, pihak jabatan mengesahkan bahawa kenderaan tersebut tidak tersenarai sebagai kenderaan rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mahupun mana-mana Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Kedah.

"Pihak jabatan sedang mengambil tindakan lanjut berhubung perkara ini," jelasnya dalam kenyataan.

JBPM Kedah memberitahu, pihaknya memandang serius sebarang penggunaan identiti jabatan yang boleh mengelirukan orang awam serta menjejaskan imej dan kredibiliti perkhidmatan kebombaan.

Orang ramai juga katanya, dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan.

"Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan penyebaran maklumat berkaitan perkara ini tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

"JBPM Negeri Kedah merakamkan penghargaan atas keprihatinan orang ramai dalam menyalurkan maklumat berkaitan isu ini. Kerjasama masyarakat amat penting dalam membantu memastikan maklumat yang disebarkan adalah tepat dan sahih," katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com