“Tunggu jumpa di Padang Mahsyar”... Iesya Toh dedah jawapan bekas PM isu gosip artis
“Merangkak mereka di celah-celah kaki billion manusia di dalam lautan peluh di bawah sinaran matahari yang sejengkal dari kepala mereka .”


Iesya Toh mengambil inisiatif menghubungi bekas pemimpin itu menerusi WhatsApp bagi mendapatkan penjelasan berhubung gosip yang sedang hangat diperkatakan. Facebook: Iesya Toh
KECOH di media sosial apabila timbul dakwaan mengaitkan seorang bekas Perdana Menteri dengan cerita kononnya beliau membela seorang artis wanita.
Bagi mendapatkan kepastian, selebriti popular, Iesya Toh, mengambil inisiatif menghubungi bekas pemimpin itu menerusi WhatsApp bagi mendapatkan penjelasan berhubung gosip yang sedang hangat diperkatakan.
Menerusi tangkap layar perbualan yang dikongsikan, individu yang dipercayai bekas Perdana Menteri itu meluahkan rasa kesal terhadap dakwaan berkenaan yang disifatkan sebagai fitnah sehingga boleh meruntuhkan rumah tangga orang lain.
“Jahat diaorang ni.
“Boleh runtuh rumah tangga orang kerana fitnah macam ni.
“Saya tunggu jumpa diaorang semua ni di padang mahsyar.
“Merangkak mereka di celah-celah kaki billion manusia di dalam lautan peluh di bawah sinaran matahari yang sejengkal dari kepala mereka, " katanya.
Mesej yang dipercayai dibalas oleh bekas pemimpin itu kepada Iesya Toh, memperlihatkan ketegasan individu itu dalam menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap dakwaan yang tersebar.
Menurut Iesya, bekas Perdana Menteri itu memaklumkan bahawa beliau tidak mengenali artis wanita yang dikaitkan dengan gosip berkenaan, malah tidak pernah berbual dengannya.
Iesya yang mendakwa banyak berurusan dengan bekas pemimpin itu turut berkongsi pandangannya mengenai pemilihan pasangan dalam kalangan golongan berada.
Menurutnya, individu yang mempunyai kedudukan dan kemampuan kewangan juga pastinya mempunyai pertimbangan tersendiri dalam memilih pasangan hidup, termasuk mencari keserasian sebelum menghalalkan hubungan melalui perkahwinan.
Perkongsian tersebut sekali gus menambah perhatian terhadap isu berkenaan, terutama ketika pelbagai spekulasi mengenai kehidupan peribadi individu terkenal mudah tersebar di media sosial.
Bagaimanapun, dakwaan yang tular itu tidak seharusnya dianggap sebagai fakta tanpa bukti yang sahih.
Orang ramai juga disaran supaya tidak membuat kesimpulan terburu-buru atau menyebarkan dakwaan yang boleh menjejaskan reputasi serta keharmonian rumah tangga pihak lain.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

Ustaz Wadi Annuar bimbang ayam tidak disembelih ikut syarak dijual kepada orang awam

‘Yang bersuara dihukum, yang zalim dilindungi” – Ustaz Wadi Annuar

Dr. Hisham harap keadilan buat adik Asiah, didakwa mangsa langgar lari


