The Step - Every Story Moves You

Dr. Hisham harap keadilan buat adik Asiah, didakwa mangsa langgar lari

Dr Hisham berharap agar kes berkenaan dapat disiasat dengan teliti dan segala proses berkaitan dilaksanakan sewajarnya bagi memastikan keluarga Allahyarham memperoleh keadilan yang diharapkan.

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan12 Oktober 2026 pada 09:31 PG2 min bacaanDikemas kini 14 Oktober 2026 pada 08:31 PG
Dr. Hisham turut menekankan kepentingan menjaga kesihatan emosi keluarga Allahyarham yang pastinya sedang melalui fasa kehilangan dan kesedihan yang amat mendalam.

Dr Hisham berharap agar kes berkenaan dapat disiasat dengan teliti dan segala proses berkaitan dilaksanakan sewajarnya bagi memastikan keluarga Allahyarham memperoleh keadilan yang diharapkan.

PAKAR terapi emosi, Dr. Hisham Zakaria, turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian adik Asiah Ahmad Syahir, kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan menjadi mangsa dalam kejadian dipercayai membabitkan langgar lari.

Menurut Dr. Hisham, pemergian seorang anak kecil dalam keadaan menyayat hati seperti itu bukan sahaja meninggalkan kesedihan mendalam kepada keluarga, malah mengundang rasa simpati masyarakat yang turut mengharapkan keadilan buat Allahyarham.

Dr Hisham berharap agar kes berkenaan dapat disiasat dengan teliti dan segala proses berkaitan dilaksanakan sewajarnya bagi memastikan keluarga Allahyarham memperoleh keadilan yang diharapkan.

Beliau berharap agar kes berkenaan dapat disiasat dengan teliti dan segala proses berkaitan dilaksanakan sewajarnya bagi memastikan keluarga Allahyarham memperoleh keadilan yang diharapkan.

"Saya yakin pihak berkuasa akan menyiasat dengan sebaik mungkin. Saya mahu pun rakyat Malaysia lain sudah mahukan keadilan buat adik Asiah dan keluarga.

"Perkara ini tak boleh didiamkan. Ini kerana akibat kecuaian ketika memandu boleh meragut nyawa orang lain dan meninggalkan penderitaan berpanjangan kepada keluarga mangsa.

“Setiap kali kita berada di jalan raya, ingatlah bahawa keselamatan bukan hanya melibatkan diri sendiri, tetapi juga nyawa orang lain.

“Jangan kerana kecuaian atau sikap tidak bertanggungjawab kita, orang lain terpaksa kehilangan insan tersayang. Nyawa yang hilang tidak mungkin dapat dikembalikan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Hisham turut menekankan kepentingan menjaga kesihatan emosi keluarga Allahyarham yang pastinya sedang melalui fasa kehilangan dan kesedihan yang amat mendalam.

Menurutnya, kehilangan anak dalam keadaan tragis bukan sesuatu yang mudah untuk diterima, justeru keluarga perlu diberikan ruang dan masa untuk melalui proses berduka tanpa tekanan daripada pihak lain.

Beliau berkata, ahli keluarga terdekat juga perlu memainkan peranan dengan memberikan sokongan emosi, mendengar luahan perasaan serta mengelakkan kata-kata yang boleh menambahkan kesedihan mereka.

“Dalam keadaan sedemikian, keluarga tidak seharusnya berasa bersalah sekiranya masih menangis, bersedih atau memerlukan masa yang panjang untuk menerima kenyataan.

“Sebaliknya, mereka wajar mendapatkan sokongan daripada individu yang dipercayai dan bantuan profesional sekiranya kesedihan yang dialami mula menjejaskan kehidupan seharian,” katanya.

Justeru, beliau menyeru setiap pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan, memberikan perhatian penuh ketika memandu dan tidak mengambil mudah aspek keselamatan.

Pada masa sama, Dr. Hisham merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

“Salam takziah buat keluarga adik Asiah. Semoga keluarga diberikan kekuatan menghadapi ujian yang amat berat ini dan semoga keadilan dapat ditegakkan buat Allahyarham,” katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com