Tragedi helikopter di Long Lellang: Penyerahan jenazah dilaksanakan hari ini
KKM terus memperkukuh kerjasama strategik bersama JBPM bagi menyokong kelancaran operasi pemindahan perubatan kecemasan (MEDEVAC), susulan penangguhan sementara perkhidmatan FDS untuk tujuan siasatan, semakan dan penilaian menyeluruh.

PENYERAHAN jenazah wira dan wirawati negara, mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Ulu Beram, Sarawak, Selasa lalu, akan dilaksanakan di Jabatan Forensik Hospital Miri, pagi ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, bagi tujuan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) telah menyelaras pergerakan jenazah ke tempat persemadian masing-masing.
Ia katanya, seperti berikut:
- Allahyarhamah Dr. Ainul Baraah binti Kamarudin (Pegawai Perubatan): Jenazah akan diterbangkan dari Miri ke Kota Bharu, Kelantan menggunakan pesawat khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seri Kedeper, Kampung Baung, Pengkalan Chepa.
- Mendiang Debra anak Moset (Jururawat): Jenazah akan diterbangkan dari Miri ke Kuching untuk disemadikan di Kampung Semadang, Padawan pada 14 September 2026, Isnin.
- Mendiang Alexson Adit anak Henry (Penolong Pegawai Perubatan): Jenazah akan dipindahkan daripada Hospital Miri ke rumah mendiang pada hari ini, manakala urusan pengebumian akan dibuat pada 15 September 2026, Selasa, di Anglican Cemetery Lambir, Miri, Sarawak.
- Mendiang Jessie Paya Jok (Jururawat): Jenazah akan dipindahkan daripada Hospital Miri ke rumah mendiang pada hari ini, manakala urusan pengebumian akan dibuat pada 14 September 2026, Isnin, di BEM Cemetery Lambir, Miri, Sarawak.
- Allahyarham Kapten Zainol Afiq bin Bee Sham (Juruterbang): Jenazah akan diterbangkan dari Miri ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) menaiki penerbangan Malaysia Airlines untuk dikebumikan di Taman Perkuburan Forest Height, Senawang, Negeri Sembilan.
"Seluruh keluarga besar KKM diselubungi rasa sedih dan pilu yang amat mendalam tatkala menelusuri fasa terakhir tragedi helikopter FDS di Long Lellang.
"Tumpuan KKM pada hari ini adalah untuk menyempurnakan penghormatan terakhir buat kesemua lima mangsa nahas yang terkorban semasa menjalankan tugas," jelasnya dalam kenyataan.
KKM katanya, amat berterima kasih dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyediakan kemudahan logistik TUDM bagi melancarkan urusan penghantaran pulang jenazah ke Semenanjung.
Penghargaan tulus ikhlas katanya, turut dipanjangkan kepada pihak PDRM, Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), pengurusan Hospital Miri serta seluruh agensi yang telah bertungkus-lumus tanpa penat lelah dari fasa mencari dan menyelamat (SAR) sehinggalah ke fasa pengurusan jenazah.
"Dalam masa yang sama, bagi memastikan akses kesihatan rakyat pedalaman tidak terjejas, KKM terus memperkukuh kerjasama strategik bersama JBPM bagi menyokong kelancaran operasi pemindahan perubatan kecemasan (MEDEVAC), susulan penangguhan sementara perkhidmatan FDS untuk tujuan siasatan, semakan dan penilaian menyeluruh.
"Akhir kata, mewakili seluruh keluarga besar KKM, saya menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Keprihatinan, kiriman doa yang tidak putus-putus, serta kasih sayang yang dizahirkan oleh rakyat kepada petugas kesihatan kita memberikan suntikan kekuatan yang amat bermakna buat ahli keluarga dan rakan-rakan seperjuangan di KKM dalam mendepani saat yang amat mencabar ini," katanya.
Tentang Penulis

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.
Dari Penulis

Operasi tutup samseng jalanan: 116 saman dikeluarkan, 50 motosikal disita
Metra Syahril Mohamed · 13 September 2026 pada 09:24 PG

'Kau pasti masuk neraka': Usah jadi 'hakim akhirat', boleh mengundang kemurkaan Allah
Metra Syahril Mohamed · 13 September 2026 pada 07:32 PG

Penahanan seorang lagi juruterbang di Jakarta: Polis beku tujuh akaun bank
Metra Syahril Mohamed · 12 September 2026 pada 10:09 PTG

'Kalau dah nikah, wajiblah hebahkan, jangan sampai timbul fitnah'
Metra Syahril Mohamed · 12 September 2026 pada 09:12 PG
Berita berkaitan

Operasi tutup samseng jalanan: 116 saman dikeluarkan, 50 motosikal disita
Metra Syahril Mohamed · 13 September 2026 pada 09:24 PG

Pengiktirafan MICPA perkukuh nilai graduan Diploma Perakaunan KPTM
Deel Anjer · 13 September 2026 pada 07:58 PG

Perbadanan Putrajaya raih tempat ketiga Anugerah Penarafan Bintang PBT
Deel Anjer · 13 September 2026 pada 07:42 PG

Penahanan seorang lagi juruterbang di Jakarta: Polis beku tujuh akaun bank
Metra Syahril Mohamed · 12 September 2026 pada 10:09 PTG

