Kapal tangki bawa 1.16 tan ketamin: Pengarah syarikat antara dua individu ditahan
Seorang daripadanya adalah Pengarah syarikat yang juga pemilik asal kapal MT Global 168 manakala seorang lagi merupakan ejen atau broker bagi penjualan kapal tersebut.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan.
DUA lelaki warga tempatan termasuk Pengarah syarikat yang juga pemilik asal kapal tangki MT Global 168 ditahan susulan rampasan 1.16 tan dadah jenis ketamin oleh pihak berkuasa Indonesia, 20 Oktober lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-duanya yang berusia lingkungan 40-an ditahan kelmarin.
"Seorang daripadanya adalah Pengarah syarikat yang juga pemilik asal kapal MT Global 168 manakala seorang lagi merupakan ejen atau broker bagi penjualan kapal tersebut.
"Hasil siasatan awal mendapati kapal tersebut dibeli pada April lalu untuk tujuan penjualan semula setelah refurbished bagi mendapatkan keuntungan," jelasnya.
Hussein memberitahu, pada 28 Jun, kapal MT Global 168 telah dijual kepada sebuah syarikat beralamat di Yangon, Myanmar melalui ejen/broker.
Kedua-dua tangkapan jelasnya, telah direman selama tujuh hari sehingga 1 November 2026 bagi membantu siasatan.
"Siasatan juga mengenal pasti tiga individu lain dipercayai warganegara Singapura, Taiwan dan Myammar yang dikehendaki untuk membantu siasatan.
"Siasatan akan diteruskan secara menyeluruh bagi memastikan semua petunjuk diteliti dan pihak yang mempunyai kaitan dengan kes ini dikenal pasti. Sebarang tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan berdasarkan bukti yang diperoleh serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya.
Beliau menambah, JSJN akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia serta agensi penguatkuasaan berkaitan khususnya dalam perkongsian maklumat risikan, pengesanan individu yang disyaki terlibat dan pelaksanaan tindakan susulan berdasarkan bidang kuasa masing-masing.
Pada 24 Oktober lalu, Hussein mengesahkan kapal tangki MT Global 168 dimiliki syarikat berdaftar di Malaysia yang berpangkalan di Johor Bahru, Johor.
Kapal yang mengibarkan bendera Mongolia itu ditahan pada 20 Oktober lalu di perairan Tanjung Balai Asahan, Sumatera Utara, dengan rampasan 1,160 bungkusan ketamin seberat 1.16 tan ditemukan dalam 58 guni.

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


