Kematian Noorizwan dalam tahanan polis: Kes diklasifikasikan Seksyen 331 Kanun Keseksaan
Seksyen berkenaan melibatkan perbuatan dengan sengaja menyebabkan cedera parah bagi memeras pengakuan bersalah atau bagi memaksa supaya harta dipulangkan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun dan denda.


Pihak yang menuntut keadilan susulan kematian Allahyarham Noorizwan Zulkefly ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
KES kematian Allahyarham Noorizwan Zulkefly ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, 1 Oktober lalu, diklasifikasikan di bawah Seksyen 331 Kanun Keseksaan.
Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar dengan siasatan kini dijalankan Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang, JSJ Bukit Aman.
Jelas beliau, seksyen berkenaan melibatkan perbuatan dengan sengaja menyebabkan cedera parah bagi memeras pengakuan bersalah atau bagi memaksa supaya harta dipulangkan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun dan denda.
"Klasifikasi ini dibuat selepas hasil rakaman percakapan pakar perunding perubatan forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) yang menjalankan bedah siasat mengesahkan terdapat kecederaan luaran di beberapa bahagian tubuh si mati di mana corak kecederaan tersebut adalah selari dengan trauma tumpul dan bukan akibat pelakuan sendiri," jelasnya.
Walau bagaimanapun beliau memberitahu, laporan lengkap bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian masih belum diperoleh )pending laboratory analysis) dan polis sedang menunggu maklumat lanjut daripada pihak hospital berhubung perkara ini.
Katanya, siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam pengendalian serta pengurusan mangsa semasa dalam tahanan di IPD Cheras, Kuala Lumpur.
Siasatan katanya, akan dijalankan secara menyeluruh dan profesional tanpa sebarang elemen cover-up demi keadilan ditegakkan berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Noorizwan ditahan di IPD Cheras berhubung beberapa kes yang disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Pada 30 September lalu, Noorizwan dirujuk ke HCTM untuk mendapatkan rawatan perubatan sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 1.52 pagi, 1 Oktober lalu.

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.
Berita berkaitan

'Media berperanan satukan rakyat, isu perpaduan jangan disalah tafsir' – Yuneswaran

Baling batu, batang besi ke arah warga emas: Empat kanak-kanak Myanmar ditahan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 08:29 PTG
Lelaki Bangladesh peroleh kewarganegaraan Malaysia melalui naturalisasi – JPN
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 07:55 PTG

