The Step - Every Story Moves You

Tourism Malaysia, Merchantrade lancar kad prabayar khas Visit Malaysia 2026–2027

Kerjasama itu turut memperluas penggunaan pembayaran digital dalam sektor pelancongan negara.

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan19 November 2026 pada 06:13 PTG2 min bacaanDikemas kini 19 November 2026 pada 06:19 PTG
memperluas penggunaan pembayaran digital dalam sektor pelancongan negara.

Majlis pelancaran Kad Prabayar Visa Merchantrade Money Visit Malaysia rasmi

TOURISM Malaysia menjalinkan kerjasama strategik dengan Merchantrade Asia Sdn. Bhd. bagi melancarkan Kad Prabayar Visa Merchantrade Money Visit Malaysia rasmi, sekali gus memudahkan urusan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan pelancong yang berkunjung ke negara ini.

Pengarah Urusan Merchantrade, Ramasamy K. Veeran.
TOURISM Malaysia menjalinkan kerjasama strategik dengan Merchantrade Asia Sdn. Bhd. bagi melancarkan Kad Prabayar Visa Merchantrade Money Visit Malaysia rasmi,
TOURISM Malaysia menjalinkan kerjasama strategik dengan Merchantrade Asia Sdn. Bhd. bagi melancarkan Kad Prabayar Visa Merchantrade Money Visit Malaysia rasmi,

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim berkata, kerjasama antara sektor awam dan swasta penting dalam memperkukuh daya saing Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama, selain merangsang pertumbuhan industri secara mampan.

“Kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta merupakan kunci untuk memperkukuh daya saing Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama serta memacu pertumbuhan industri yang mampan.

“Kerjasama kami dengan Merchantrade membuktikan bagaimana perkongsian rentas sektor mampu mewujudkan nilai tambah kepada pelawat, perniagaan dan keseluruhan ekosistem ekonomi pelancongan, selaras dengan aspirasi kempen Visit Malaysia 2026–2027,” katanya.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim
Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim

Kerjasama itu dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026–2027 (VM2026–2027), selain memperluas penggunaan pembayaran digital dalam sektor pelancongan negara.

Majlis pelancaran disempurnakan Mohd Amirul Rizal, manakala pertukaran dokumen MoU dilakukan bersama Pengasas merangkap Pengarah Urusan Merchantrade, Ramasamy K. Veeran.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia, Mohd Akbal Setia.

Menerusi kerjasama itu, kedua-dua pihak memperkenalkan kad prabayar dengan reka bentuk eksklusif Visit Malaysia yang dilengkapi dompet elektronik pelbagai mata wang bagi memudahkan pelancong melakukan transaksi sepanjang berada di Malaysia.

Pengarah Urusan Merchantrade, Ramasamy K. Veeran.
Pengarah Urusan Merchantrade, Ramasamy K. Veeran.

Kad berkenaan menyokong pembayaran menerusi rangkaian Visa dan DuitNow QR di seluruh negara, selain transaksi tanpa sentuh menggunakan Google Wallet dan Samsung Wallet.

Pengguna turut boleh mengakses mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) Visa di seluruh dunia.

Pelancong antarabangsa boleh mendapatkan kad berkenaan sebaik tiba di Malaysia menerusi rangkaian cawangan Merchantrade di seluruh negara, termasuk Pavilion Kuala Lumpur, The Gardens Mid Valley Mall dan Imago Mall di Sabah.

Kad dan aplikasi Merchantrade Money juga akan dipromosikan menerusi 29 pejabat Tourism Malaysia di luar negara, meliputi pasaran utama seperti London, Dubai, Seoul, Osaka, Sydney dan Jeddah.

Selain kemudahan pembayaran, pemegang kad berpeluang menikmati diskaun serta pelbagai keistimewaan di premis perniagaan rakan kerjasama Tourism Malaysia, termasuk hotel, pusat beli-belah, pengangkutan, restoran, tarikan pelancongan dan pasar tempatan.

Inisiatif itu turut menyokong kempen pelancongan domestik Cuti-Cuti Malaysia dengan membolehkan pengembara tempatan menguruskan perbelanjaan percutian dalam negara dengan lebih mudah.

Sementara itu, Ramasamy berkata, sektor pelancongan merupakan antara pemacu penting pertumbuhan ekonomi Malaysia, justeru kemudahan pembayaran digital mampu menghubungkan pelancong dengan perniagaan tempatan secara lebih lancar.

Katanya, Merchantrade berbangga dapat memperkenalkan kad rasmi VM2026–2027 bersama ekosistem pembayaran digital yang membolehkan pelawat dari seluruh dunia berbelanja dengan lebih mudah sepanjang berada di negara ini.

Malaysia merekodkan 32.3 juta ketibaan pelawat antarabangsa bagi tempoh Januari hingga September 2026, meningkat 2.4 peratus berbanding 31.5 juta ketibaan dalam tempoh sama tahun lalu.

Kerjasama itu dijangka memberikan pengalaman perjalanan lebih lancar kepada pelancong antarabangsa, selain memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan dunia menerusi aspirasi 'Malaysia, Indah Milik Anda' (Malaysia, Beautifully Yours).

Maklumat lanjut mengenai kad, aplikasi, proses pendaftaran dan keistimewaan yang ditawarkan boleh diperoleh menerusi laman web www.merchantrademoney.com/visitmalaysia2027/.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 199 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com