The Step - Every Story Moves You

Shahidan Kassim, Sanusi titip ucapan hari lahir buat Abdul Hadi Awang

Shahidan, Sanusi mendoakan kesejahteraan, kesihatan serta keberkatan usia buat tokoh agama dan politik, Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan21 Oktober 2026 pada 07:43 PG1 min bacaanDikemas kini 21 Oktober 2026 pada 08:25 PG
Beliau turut berharap Abdul Hadi diberikan kekuatan untuk terus memimpin perjuangan Islam serta menyinari ummah menerusi ilmu dan dakwah.

Shahidan, Sanusi mendoakan kesejahteraan, kesihatan serta keberkatan usia buat tokoh agama dan politik, Tuan Guru Abdul Hadi Awang

AHLI  Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menitipkan ucapan selamat hari lahir kepada Presiden Pas, Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Menerusi media sosial, kedua-dua ahli politik ini mendoakan kesejahteraan, kesihatan serta keberkatan usia buat tokoh agama dan politik itu yang menyambut ulang tahun ke-79 semalam (20 Oktober).

Shahidan menerusi ucapannya menyampaikan doa agar Allah SWT memanjangkan usia Abdul Hadi atau lebih mesra dikenali sebagai Ayah Chik dalam keberkatan, selain mengurniakan kesihatan yang baik.

Beliau turut berharap Abdul Hadi diberikan kekuatan untuk terus memimpin perjuangan Islam serta menyinari ummah menerusi ilmu dan dakwah.

“Sanah Helwah Ayah Chik, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

“Semoga Allah SWT memanjangkan usia Ayah Chik dalam keberkatan, mengurniakan kesihatan yang baik serta kekuatan untuk terus memimpin perjuangan Islam dan menyinari ummah dengan ilmu dan dakwah,” katanya.

Sementara itu, Sanusi turut menyampaikan ucapan selamat hari lahir kepada Abdul Hadi dengan mendoakan agar beliau sentiasa dikurniakan kesihatan, keberkatan usia dan kekuatan untuk terus istiqamah dalam perjuangan Islam.

Menteri Besar Kedah itu turut berharap Abdul Hadi sentiasa berada dalam rahmat serta perlindungan Allah SWT.

“Selamat Hari Lahir buat Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, keberkatan usia dan kekuatan untuk terus istiqamah dalam perjuangan Islam. Semoga sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT,” katanya.

Ucapan daripada kedua-dua pemimpin itu mencerminkan doa dan harapan agar Abdul Hadi terus diberikan kesejahteraan serta kekuatan dalam meneruskan usaha dakwah dan perjuangan Islam.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 199 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com