“Sedap makan duit haram, gajah pula tanggung derita”... Netizen berang nasib Dara, Amoi dan Kelat
Dakwaan itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang meluahkan rasa sedih, kecewa dan marah terhadap nasib haiwan berkenaan.


“DEME (mereka) sedap-sedap dapat duit haram, tapi gajah-gajah ini yang kena tanggung akibatnya.” - Netizen
“DEME (mereka) sedap-sedap dapat duit haram, tapi gajah-gajah ini yang kena tanggung akibatnya.”
Itu antara luahan marah dan tidak puas hati netizen yang mendakwa tiga gajah Malaysia, Dara, Amoi dan Kelat (DAK) semakin kurus serta tidak mendapat makanan mencukupi selepas dihantar ke Zoo Tennoji, Jepun.
Lebih mengecewakan, isu nasib ketiga-tiga gajah itu dilihat berlarutan terlalu lama sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan orang ramai sama ada suara mereka benar-benar mendapat perhatian pihak bertanggungjawab.
Dakwaan itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang meluahkan rasa sedih, kecewa dan marah terhadap nasib haiwan berkenaan.
Dalam masa yang sama, mereka mendesak pihak bertanggungjawab mengambil tindakan bagi memastikan kebajikan gajah-gajah itu terpelihara.
Menerusi komen yang tular, seorang netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pihak yang didakwa terlibat dalam urusan penjualan atau penghantaran gajah berkenaan.
“Gajah-gajah ini yang kena tanggung akibatnya,” luahnya, sambil berharap individu yang didakwa menganiaya haiwan berkenaan menerima balasan setimpal.
Ada juga netizen yang menggesa agar kezaliman terhadap haiwan dihentikan dan berharap ketiga-tiga gajah itu dapat dibawa pulang ke Malaysia.
“Kita kena hentikan kezaliman ini! Kami masih menunggu #DAK dikembalikan!” tulis seorang pengguna media sosial.
Dalam pada itu, seorang netizen mengharapkan nasib gajah berkenaan terbela dan mereka dapat kembali ke tanah air sekiranya berlaku perubahan kerajaan.
“Sabarlah ya DAK. Harap-harap lepas tukar kerajaan, nasib kamu terbela dan dapat kembali ke Malaysia,” tulisnya.
Ruang komen turut dibanjiri luahan emosi pengguna media sosial yang menyeru orang ramai agar terus menyuarakan kebimbangan mengenai kebajikan gajah berkenaan, selain meminta pihak berkuasa berkaitan memberikan perhatian terhadap isu itu.
Malah, ada yang mempersoalkan pihak berkuasa untuk mengarahkan kepulangan gajah-gajah berkenaan ke Malaysia, sambil berharap tindakan sewajarnya dapat diambil bagi menjamin keselamatan dan kebajikan haiwan itu.
Bagi mereka, isu ini bukan sekadar mengenai kepulangan tiga ekor gajah, sebaliknya turut membabitkan persoalan tanggungjawab dan kebajikan haiwan yang tidak seharusnya dipandang ringan.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

Curi kabel di siang hari di Jalan Tun Razak, polis giat buru kumpulan suspek
Oleh The Step21 November 2026 pada 04:14 PTG

Khoo Poay Tiong akui silap, mohon maaf isu premis tutup Jumaat di Kuala Terengganu


