The Step - Every Story Moves You

PENGASIH saran PEMADAM lebih peka, proaktif banteras penyalahgunaan dadah

Kehadiran AI perlulah dimanfaatkan bagi membantu meningkatkan kesedaran masyarakat akan kepentingan tindakan- tindakan serta langkah-langkah pencegahan secara menyeluruh.

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan18 November 2026 pada 10:28 PG2 min bacaanDikemas kini 18 November 2026 pada 03:03 PTG
PERSATUAN PENGASIH Malaysia menyarankan agar Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), khususnya di peringkat tertinggi, meningkatkan kepekaan dan pendekatan proaktif dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah

Penaung dan Ketua Penasihat Persatuan PENGASIH Malaysia, Datuk Dr. Abd. Halim Mohd Husin

PERSATUAN PENGASIH Malaysia menyarankan agar Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), khususnya di peringkat tertinggi, meningkatkan kepekaan dan pendekatan proaktif dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah serta memperkukuh agenda pemerkasaan Dasar Dadah Negara dalan teras pendidikan pencegahan.

Kehadiran AI perlulah dimanfaatkan bagi membantu meningkatkan kesedaran masyarakat akan kepentingan tindakan- tindakan serta langkah-langkah pencegahan secara menyeluruh.

Penaung dan Ketua Penasihat Persatuan PENGASIH Malaysia, Dato' Dr. Abd. Halim Mohd Husin,
Penaung dan Ketua Penasihat Persatuan PENGASIH Malaysia, Datuk Dr. Abd. Halim Mohd Husin

Penaung dan Ketua Penasihat Persatuan PENGASIH Malaysia, Datuk Dr. Abd. Halim Mohd Husin, dalam ucapannya sempena kunjungan bersejarah delegasi Jawatankuasa PEMADAM Daerah Manjung ke Kompleks PENGASIH Cinta Manis pada Khamis lalu, menekankan kepentingan peranan PEMADAM dalam mengenal pasti isu penyalahgunaan dadah di peringkat akar umbi.

Majlis turut diserikan dengan ucapan ringkas wakil delegasi PEMADAM Daerah Manjung, Zainol Kamal Zakaria, Ketua Daerah Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Manjung.
Majlis turut diserikan dengan ucapan ringkas wakil delegasi PEMADAM Daerah Manjung, Zainol Kamal Zakaria, Ketua Daerah Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Manjung.
Delegasi berkenaan turut mengikuti lawatan fasiliti dan taklimat lengkap profil Persatuan PENGASIH Malaysia yang disampaikan oleh presiden PENGASIH, Hafizi Harun.
Delegasi berkenaan turut mengikuti lawatan fasiliti dan taklimat lengkap profil Persatuan PENGASIH Malaysia yang disampaikan oleh presiden PENGASIH, Hafizi Harun.

Beliau turut menekankan bahawa usaha membanteras penyalahgunaan dadah tidak seharusnya terhad kepada kempen kesedaran semata-mata, sebaliknya memerlukan orientasi pendidikan pencegahan yang berterusan, tindakan tegas lebih menyeluruh serta kerjasama erat antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat.

Menurut beliau,  pendekatan yang memberi perhatian kepada aspek  pengurangan faktor risiko akan meningkatkan aspek faktor perlindungan. Usaha memperkasakan program pencegahan perlulah dilihat sebagai sebuah pelaburan yang akan memberikan pulangan yang tinggi kepada kesejahteraa  masyarakat.

PENGASIH Pahang terus memperkukuh usaha rawatan, pemulihan dan pencegahan penyalahgunaan dadah serta bahan menerusi sokongan kewangan Kerajaan Negeri Pahang berjumlah RM75,000.
PENGASIH Pahang terus memperkukuh usaha rawatan, pemulihan dan pencegahan penyalahgunaan dadah serta bahan menerusi sokongan kewangan Kerajaan Negeri Pahang berjumlah RM75,000.

Lawatan delegasi PEMADAM Daerah Manjung ke Kompleks PENGASIH Cinta Manis itu bertujuan memberi pendedahan mengenai pendekatan  dan pengalaman PENGASIH Malaysia yang bukan sahaja terkenal di tanah air malah begitu dikenali di luar negara dalam bidang rawatan serta pemulihan individu yang berhadapan dengan masalah ketagihan.

Delegasi berkenaan turut mengikuti lawatan fasiliti dan taklimat lengkap profil Persatuan PENGASIH Malaysia yang disampaikan oleh presiden PENGASIH, Hafizi Harun. PEMADAM Daerah Manjung begitu kagum dengan pencampaian PENGASIH yang banyak menerima anugerah di dalam negara.

Program turut menampilkan sesi perkongsian pengalaman daripada klien PENGASIH serta sesi soal jawab yang memberi peluang kepada delegasi memahami cabaran sebenar yang dihadapi individu sepanjang menjalani proses pemulihan.

Majlis turut diserikan dengan ucapan ringkas wakil delegasi PEMADAM Daerah Manjung, Zainol Kamal Zakaria, Ketua Daerah Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Manjung, selain pertukaran cenderahati, sesi fotografi dan jamuan makan tengahari turut disajikan.

PENGASIH Malaysia berharap kunjungan tersebut menjadi titik tolak kepada hubungan kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua organisasi, khususnya dalam memperkukuh usaha pencegahan dan pemulihan dadah demi kesejahteraan masyarakat.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 199 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com