EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Nasional

Penahanan seorang lagi juruterbang di Jakarta: Polis beku tujuh akaun bank

Suspek terbaharu, seorang rakyat Malaysia berusia 30-an ditahan di Lembah Klang pada 7 September, menjadikan jumlah individu ditahan di Malaysia berkaitan kes itu kepada tujuh orang.

Metra Syahril Mohamed12 September 2026 pada 10:09 PTGDikemas kini 12 September 2026 pada 11:24 PTG
Hussein Omar Khan

POLIS bertindak membekukan tujuh akaun bank bernilai kira-kira RM500,000 dikaitkan dengan seorang lagi juruterbang yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, juruterbang otu ditahan bagi membantu siasatan rampasan dadah bernilai RM45 juta di lapangan terbang berkenaan.

"Akaun bank berkenaan milik tujuh individu yang ditahan termasuk juruterbang terbabit.

"Nilai sitaan, membabitkan kenderaan dan barang kemas berjumlah RM1.2 juta," katanya.

Sebelumnya beliau memberitahu, akaun bank dan aset kewangan milik seorang lagi juruterbang dibekukan.

Jelas beliau, juruterbang kedua itu, yang disyaki bertindak sebagai orang tengah antara juruterbang Malaysia Airlines dengan sindiket dadah, akan ditahan selama 60 hari di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Katanya, pihak penyiasat kini sedang meneliti akaun bank juruterbang berkenaan serta rekod kewangan lain yang mempunyai kaitan dengannya.

Baru-baru ini polis menahan juruterbang kedua itu kerana disyaki mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan dadah yang dikaitkan dengan penahanan seorang pembantu juruterbang di Jakarta bersama 15 bungkusan mengandungi kira-kira 70,000 kapsul disyaki mengandungi ekstasi dan metamphetamine, dengan berat kira-kira 25 kilogram dan dianggarkan bernilai RM45 juta.

Suspek terbaharu, seorang rakyat Malaysia berusia 30-an ditahan di Lembah Klang pada 7 September, menjadikan jumlah individu ditahan di Malaysia berkaitan kes itu kepada tujuh orang.

Enam lagi yang ditahan ialah lelaki warga Malaysia berusia antara 23 hingga 50 tahun.

Mereka kemudiannya ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Tentang Penulis

Foto profil Metra Syahril Mohamed
Metra Syahril Mohamed

Penulis

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.

Berita berkaitan