Lelaki maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Ipoh
Kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu berlaku ketika sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menjalankan rondaan cegah jenayah samun di sekitar Ipoh.


Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menjalankan rondaan cegah jenayah samun di sekitar Ipoh.
SEORANG lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam kegiatan jenayah maut selepas melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Persiaran Lembah Perpaduan, Ipoh, Perak, awal pagi ini.
Kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu berlaku ketika sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menjalankan rondaan cegah jenayah samun di sekitar Ipoh.
Pengarah JSJ Bukit Aman, CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu berkata, pihak polis bertindak menahan sebuah kenderaan yang dipandu suspek ketika operasi berkenaan dijalankan.
Bagaimanapun, suspek bertindak keluar daripada kenderaan sebelum melarikan diri dan melepaskan tembakan ke arah anggota polis.
“Suspek telah bertindak keluar dari kenderaan untuk melarikan diri dan telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan polis,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, anggota polis kemudian membalas tembakan bagi menyelamatkan diri sehingga tiada lagi ancaman keselamatan.
Suspek yang merupakan lelaki warga tempatan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan kira-kira jam 3.40 pagi.
Sepucuk senjata api jenis pistol turut ditemukan berhampiran suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan berkaitan cubaan membunuh serta Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, kesalahan cubaan membunuh boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sehingga 20 tahun sekiranya menyebabkan kecederaan kepada seseorang.
Sementara itu, Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 memperuntukkan hukuman mati bagi kesalahan melepaskan tembakan menggunakan senjata api dengan niat menyebabkan kematian atau kecederaan kepada seseorang.
Pihak polis turut memaklumkan satu sidang media akan diadakan di IPK Perak pada jam 3 petang bagi memberikan penjelasan lanjut berhubung kejadian berkenaan.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

Curi kabel di siang hari di Jalan Tun Razak, polis giat buru kumpulan suspek
Oleh The Step21 November 2026 pada 04:14 PTG

Khoo Poay Tiong akui silap, mohon maaf isu premis tutup Jumaat di Kuala Terengganu


