The Step - Every Story Moves You

‘Kurus kering pun kata okey? Pakar pun sahkan stres’... Netizen meragui penjelasan MPT mengenai DAK

“Jangan menipu, sampai kurus kering budak-budak itu semua, mereka boleh kata okey lagi" - Netizen

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan23 Oktober 2026 pada 10:24 PTG2 min bacaanDikemas kini 23 Oktober 2026 pada 10:28 PTG
“Jangan menipu, sampai kurus kering budak-budak itu semua, mereka boleh kata okey lagi,” tulis seorang netizen.

Menerusi ruangan komen di media sosial, ramai meluahkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan kenyataan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Foto: Media sosial

PENJELASAN pihak berkuasa mengenai keadaan tiga gajah Malaysia iaitu Dara, Amoi dan Kelat (DAK) di Zoo Tennoji, Osaka, Jepun, masih belum meyakinkan sebahagian netizen yang terus mempersoalkan kebajikan haiwan berkenaan.

Menerusi ruangan komen di media sosial, ramai meluahkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan kenyataan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) yang menolak dakwaan pengabaian serta penderaan terhadap tiga gajah berkenaan.

Malah, ada netizen mendakwa keadaan fizikal dan tingkah laku gajah terbabit, termasuk Kelat yang dilihat berbaring dalam satu video, menimbulkan kebimbangan mengenai tahap kesihatan serta kesejahteraan haiwan itu.

“Bukan tak nampak cara Kelat baring macam sakit itu. Cuba tengok video terkini. Sihat apa macam itu,” tulis seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi netizen pula mendakwa dan mempersoalkan keadaan persekitaran tempat gajah berkenaan ditempatkan, yang didakwa tidak sesuai dengan keperluan haiwan sebesar itu.

“Kalau tengok rupa tempat DAK pun boleh tahu persekitaran tak betul. Mereka bukan gajah Afrika yang kena buat sangkar padang pasir. Ingat orang bodoh sangat ke, tak boleh nampak gajah stres?” katanya.

Tidak kurang juga pengguna media sosial yang meluahkan kebimbangan apabila mendakwa ketiga-tiga gajah itu kelihatan semakin kurus, sekali gus menuntut penjelasan lebih terperinci daripada pihak bertanggungjawab.

“Jangan menipu, sampai kurus kering budak-budak itu semua, mereka boleh kata okey lagi,” tulis seorang netizen.

Ada juga yang mempersoalkan percanggahan antara penjelasan pihak berkuasa dengan kebimbangan yang dibangkitkan orang ramai, termasuk dakwaan bahawa beberapa pakar telah menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan gajah berkenaan.

“Kalau dah ramai pakar pun sahkan DAK itu stres dan terabai di sana, boleh pula MPT kata semua elok,” komen seorang pengguna media sosial.

Selain itu, sebahagian netizen turut menggesa pihak berkuasa memberikan perhatian serius terhadap kebajikan haiwan berkenaan, sambil mengingatkan bahawa sebarang pengabaian terhadap haiwan tidak seharusnya dipandang ringan.

Terdahulu, media melaporkan MPT menolak dakwaan pengabaian dan penderaan terhadap Dara, Amoi dan Kelat yang ditempatkan di Zoo Tennoji, Osaka, Jepun.

Pihak berkuasa itu turut menjelaskan bahawa tingkah laku haiwan berkenaan tidak semestinya menunjukkan mereka mengalami tekanan mental.

Bagaimanapun, penjelasan berkenaan masih menimbulkan persoalan dalam kalangan pengguna media sosial yang mahukan keadaan sebenar DAK diperjelaskan secara telus, termasuk aspek kesihatan, pemakanan dan persekitaran tempat tinggal mereka.

Bagi netizen yang terus menyuarakan kebimbangan, isu itu bukan sekadar mengenai penjelasan pihak berkuasa, sebaliknya turut membabitkan persoalan mengenai kebajikan tiga haiwan berkenaan yang menjadi perhatian masyarakat.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 199 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com