Kuik Cheng-Chwee antara 2 peratus saintis terbaik dunia, Anwar ucap tahniah
Kejayaan berkenaan juga diharap menjadi inspirasi kepada generasi ilmuwan untuk terus menyumbang kepada kemajuan negara.


Kejayaan berkenaan juga diharap menjadi inspirasi kepada generasi ilmuwan untuk terus menyumbang kepada kemajuan negara. Foto: Facebook Anwar Ibrahim
KEJAYAAN Profesor Dr. Kuik Cheng-Chwee tersenarai dalam kelompok dua peratus saintis teratas dunia bagi 2026 menerima ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi Facebook, Anwar menyifatkan pengiktirafan itu sebagai bukti kecemerlangan serta sumbangan besar ahli akademik berkenaan dalam bidang ilmu, selain mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Beliau turut berharap pencapaian Felo Utama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dapat menyemarakkan budaya ilmu dan memperkukuh tradisi penyelidikan negara.
Menurut Anwar, kejayaan berkenaan juga diharap menjadi inspirasi kepada generasi ilmuwan untuk terus menyumbang kepada kemajuan negara.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

Curi kabel di siang hari di Jalan Tun Razak, polis giat buru kumpulan suspek
Oleh The Step21 November 2026 pada 04:14 PTG

Khoo Poay Tiong akui silap, mohon maaf isu premis tutup Jumaat di Kuala Terengganu


