The Step - Every Story Moves You

Kemalangan di Gerik, Anwar titip doa buat Ustaz Wadi Annuar

Menerusi kenyataan di media sosialnya, Anwar turut berharap segala urusan rawatan pendakwah itu dipermudahkan selain diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian berkenaan.

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan23 Oktober 2026 pada 08:49 PG1 min bacaanDikemas kini 24 Oktober 2026 pada 08:34 PG
Ustaz Wadi Annuar bersama beberapa orang kakitangannya terbabit dalam kemalangan di Gerik, Perak.

Ustaz Wadi Annuar bersama beberapa orang kakitangannya terbabit dalam kemalangan di Gerik, Perak. Foto: Facebook Bomba Perak Official

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan agar pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar dikurniakan kesembuhan segera selepas terlibat dalam kemalangan di Gerik, Perak, awal pagi tadi.

Menerusi kenyataan di media sosialnya, Anwar turut berharap segala urusan rawatan pendakwah itu dipermudahkan selain diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian berkenaan.

“Moga Allah SWT mempermudah segala urusan rawatan serta mengurniakan ketabahan dan kekuatan buat Ustaz dalam menempuh ujian ini.

“Semoga Ustaz segera pulih dan kembali berbakti menyampaikan ilmu serta dakwah kepada masyarakat,” katanya.

Semoga Ustaz segera pulih dan kembali berbakti menyampaikan ilmu serta dakwah kepada masyarakat,
Semoga Ustaz segera pulih dan kembali berbakti menyampaikan ilmu serta dakwah kepada masyarakat,
Semoga Ustaz segera pulih dan kembali berbakti menyampaikan ilmu serta dakwah kepada masyarakat,

Terdahulu, menerusi media sosial Ustaz Wadi Annuar, dimaklumkan bahawa pendakwah itu bersama beberapa orang kakitangannya terbabit dalam kemalangan di Gerik, Perak.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Ustaz Wadi Annuar bersama beberapa orang staf telah terlibat dalam kemalangan di Gerik, Perak.

“Doakan semoga Allah SWT melindungi mereka, diberikan kesembuhan serta dipermudah segala urusan. Amin,” menurut kenyataan itu.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, kemalangan itu melibatkan tiga kenderaan, iaitu Perodua Myvi, Toyota Vellfire dan Perodua Bezza, di Lebuh Raya Timur Barat, Gerik, pada awal pagi 23 Oktober.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik menerima panggilan kecemasan pada jam 2.40 pagi sebelum tiba di lokasi pada jam 3.42 pagi.

Kejadian membabitkan 10 mangsa, dengan lima daripadanya mengalami kecederaan manakala lima lagi dilaporkan selamat.

Seorang mangsa lelaki dilaporkan tersepit di bahagian penumpang hadapan Perodua Myvi dan berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat oleh pasukan bomba.

Sebahagian mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Gerik oleh ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ketibaan pasukan bomba.

Operasi menyelamat yang melibatkan 10 anggota BBP Gerik itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.39 pagi.

Pada bahagian komen, rata-rata netizen turut mendoakan keselamatan dan kesembuhan Ustaz Wadi Annuar serta kakitangan yang terlibat, selain berharap segala urusan mereka dipermudahkan.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 199 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com