'Jerebu melanda, jangan keruhkan keadaan dengan tuduhan melulu' – Mufti Wilayah
Keresahan orang ramai berhubung jerebu wajar didengari, namun tuduhan yang dibuat tanpa penelitian hanya akan menambahkan ketegangan.


keresahan orang ramai berhubung jerebu wajar didengari, namun tuduhan yang dibuat tanpa penelitian hanya akan menambahkan ketegangan.
JEREBU yang melanda negara bukan sahaja menjejaskan kesihatan dan rutin harian masyarakat, malah berpotensi mencetuskan ketegangan apabila isu berkenaan dibangkitkan tanpa pertimbangan yang teliti.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi Tinta Mufti Bil. 142/2026 bertajuk Jerebu Sudah di Udara, Jangan Keruhkan Pula Jerubu di Hati dan Fikiran mengingatkan masyarakat supaya bersikap adil, bersabar dan mengutamakan kepentingan bersama ketika berdepan situasi berkenaan.
Menurut kenyataan itu, keresahan orang ramai berhubung jerebu wajar didengari, namun tuduhan yang dibuat tanpa penelitian hanya akan menambahkan ketegangan.
“Islam mengajar umatnya membuat pertimbangan secara adil, bersabar dan bertindak demi kebaikan bersama,” menurut kenyataan berkenaan.
Situasi jerebu turut memberi kesan kepada urusan keluarga, khususnya apabila sekolah ditutup atau dibuka semula sehingga memerlukan ibu bapa menguruskan penjagaan anak, manakala guru perlu menyesuaikan kaedah pembelajaran.
Majikan juga diharapkan dapat memahami keperluan pekerja, terutama keluarga yang mempunyai anak kecil atau ahli keluarga yang mengalami masalah pernafasan.
Dalam masa sama, isu jerebu turut mengundang pertikaian mengenai keputusan kerajaan serta pendekatan Malaysia terhadap Indonesia berhubung pencemaran udara rentas sempadan.
Sebahagian masyarakat mengharapkan tindakan segera bagi menangani masalah itu, sementara pihak berkuasa perlu membuat penilaian keselamatan berdasarkan keadaan semasa yang boleh berubah dengan pantas.
Sehubungan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan bahawa keberkesanan dasar kerajaan turut bergantung pada kefahaman dan kerjasama masyarakat.
Justeru, masyarakat perlu menangani isu jerebu secara rasional dan bertanggungjawab, tanpa membiarkan perbezaan pandangan mencetuskan pertelingkahan atau menjejaskan hubungan sesama insan.
Kenyataan penuh Tinta Mufti Bil. 142/2026 boleh dibaca menerusi laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

Curi kabel di siang hari di Jalan Tun Razak, polis giat buru kumpulan suspek
Oleh The Step21 November 2026 pada 04:14 PTG

Khoo Poay Tiong akui silap, mohon maaf isu premis tutup Jumaat di Kuala Terengganu


