Jangan tunggu air naik! Bomba Bentong senaraikan 7 langkah lindungi keluarga daripada banjir
Antara perkara utama yang perlu dilakukan ialah mengenal pasti kawasan berisiko banjir serta menyediakan kit kecemasan yang mengandungi keperluan asas untuk digunakan sekiranya berlaku pemindahan.


Anggota Bomba Bentong sentiasa memastikan yang terbaik bawah arahan Ketua BBP Bentong, Syed Moshen T. Ismail (gambar kecil)
PENDUDUK yang tinggal di kawasan berisiko banjir diingatkan supaya tidak menunggu sehingga air mula melimpah ke kawasan kediaman sebelum mengambil tindakan, sebaliknya perlu mempunyai perancangan awal bagi menghadapi kemungkinan bencana itu.
Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Pahang menerusi perkongsian di Facebook menegaskan bahawa persediaan awal memainkan peranan penting dalam melindungi keselamatan nyawa serta mengurangkan risiko kerosakan harta benda.


Antara perkara utama yang perlu dilakukan ialah mengenal pasti kawasan berisiko banjir serta menyediakan kit kecemasan yang mengandungi keperluan asas untuk digunakan sekiranya berlaku pemindahan.
Orang ramai juga disaran sentiasa mengikuti perkembangan cuaca terkini bagi membolehkan tindakan segera diambil sekiranya terdapat petunjuk keadaan semakin buruk.

Selain itu, penduduk perlu mengenal pasti laluan keselamatan lebih awal supaya tidak berdepan kesukaran mencari jalan keluar ketika kawasan kediaman mula dinaiki air.
Bomba turut mengingatkan orang ramai supaya memindahkan barangan berharga ke tempat lebih tinggi bagi mengelakkan kerosakan akibat limpahan air.

Dalam masa sama, arahan pihak berkuasa dan anggota bomba perlu dipatuhi, khususnya apabila penduduk diminta berpindah ke pusat pemindahan atau kawasan lebih selamat.
“Jangan tunggu air naik baru hendak bertindak. Bersedia lebih awal, lindungi keluarga tersayang,” menurut perkongsian tersebut.
Balai Bomba dan Penyelamat Bentong turut mengingatkan orang ramai supaya menghubungi talian kecemasan 999 sekiranya memerlukan bantuan segera.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

Curi kabel di siang hari di Jalan Tun Razak, polis giat buru kumpulan suspek
Oleh The Step21 November 2026 pada 04:14 PTG

Khoo Poay Tiong akui silap, mohon maaf isu premis tutup Jumaat di Kuala Terengganu


