The Step - Every Story Moves You

Harimau kumbang ‘Mek Seri’ diselamatkan di Maran, sukar berjalan

Mek Seri dikesan mengalami kesukaran untuk berjalan seperti biasa.

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan18 November 2026 pada 04:09 PTG1 min bacaanDikemas kini 18 November 2026 pada 04:14 PTG
dikesan mengalami kesukaran untuk berjalan seperti biasa.

dikesan mengalami kesukaran untuk berjalan seperti biasa. Foto: Facebook Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia

SEEKOR harimau kumbang betina seberat 18.4 kilogram berjaya diselamatkan dalam satu operasi menyelamat hidupan liar di Maran, Pahang pada 16 November lalu.

Haiwan yang dianggarkan berusia empat tahun itu diberi nama ‘Mek Seri’ dan kini ditempatkan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) untuk mendapatkan rawatan serta pemantauan lanjut.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan, pemeriksaan awal mendapati Mek Seri berada dalam keadaan fizikal yang baik tanpa mengalami luka serius atau patah tulang.

Bagaimanapun, harimau kumbang berkenaan dikesan mengalami kesukaran untuk berjalan seperti biasa.

Menurut PERHILITAN, Mek Seri tidak sesuai dilepaskan semula ke habitat asal buat masa ini bagi memastikan keselamatan dan kebajikannya terus terpelihara.

Haiwan itu kemudian dipindahkan ke NWRC untuk menjalani rawatan serta pemantauan lanjut oleh pasukan veterinar.

Orang ramai turut diseru mendoakan agar Mek Seri kembali pulih dan kuat selepas menerima rawatan sewajarnya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 199 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com