The Step - Every Story Moves You

Dewan Bestari perkasa pembelajaran, SMK Dato’ Shamsudin Nain giat bimbing calon SPM 2026

'Diharapkan dewan ini dapat dimanfaatkan demi melahirkan murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum' - Pengetua SMK Dato’ Shamsudin Nain

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan23 Oktober 2026 pada 10:29 PG2 min bacaanDikemas kini 23 Oktober 2026 pada 10:51 PG
Dato’ Shamsudin Nain

Majlis Apresiasi Tingkatan Lima 2026 disempurnakan Ahli Parlimen Rembau, Mohamad Hasan. Turut mengiringi Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Zainab Abu Kassim (kanan) dan Pengetua SMK Dato’ Shamsudin Nain,Zarinah Adenin

PEMBUKAAN Dewan Bestari di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Shamsudin Nain, Rantau, Negeri Sembilan, menjadi langkah penting dalam menyediakan persekitaran pembelajaran lebih kondusif.

Pengetuanya, Zarinah Adenin, berkata kemudahan baharu itu bukan sahaja dapat meningkatkan keberkesanan pelaksanaan aktiviti akademik, malah menyediakan ruang lebih sesuai untuk pelbagai program kokurikulum, perhimpunan, seminar, bengkel dan pertandingan.

Dato’ Shamsudin Nain
Mohamad Hasan bersama para pelajar tingkatan lima yang diraikan
Kehadiran Mohamad Hassan sebagai perasmi program
Kehadiran Mohamad Hassan sebagai perasmi program

Menurutnya, Dewan Bestari turut berperanan sebagai pusat mengembangkan bakat, kreativiti serta potensi murid melalui pelaksanaan aktiviti yang lebih tersusun dan menyeluruh.

“Diharapkan dewan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai wadah melahirkan murid yang cemerlang dalam bidang akademik, aktif dalam kokurikulum, berakhlak mulia serta mempunyai daya kepimpinan yang tinggi,” katanya.

Para pelajar diingatkan menjaga kesihatan sepanjang musim peperiksaan SPM
Para pelajar diingatkan menjaga kesihatan sepanjang musim peperiksaan SPM
Majlis Apresiasi Tingkatan Lima 2026
Majlis Apresiasi Tingkatan Lima 2026

Beliau berkata demikian sempena Majlis Perasmian Dewan Bestari dan Majlis Apresiasi Tingkatan Lima 2026 pada 17 Oktober baru-baru ini.

Majlis ini disempurnakan Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Rembau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan.

Dalam pada itu, Zarinah berkata pihak sekolah turut melaksanakan pelbagai inisiatif secara berterusan bagi membantu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 membuat persediaan rapi dan mencapai keputusan cemerlang.

Pengetua SMK Dato’ Shamsudin Nain, Zarinah Adenin
Pengetua SMK Dato’ Shamsudin Nain, Zarinah Adenin

Antara usaha dilaksanakan termasuk kelas tambahan, program intervensi akademik, bengkel teknik menjawab soalan, kelas berfokus mengikut mata pelajaran serta program pecutan akhir bagi memantapkan penguasaan murid terhadap topik penting.

Katanya, pemantauan prestasi turut dilakukan secara berkala menerusi ujian dan peperiksaan bagi mengenal pasti calon yang memerlukan bimbingan tambahan.

Guru-guru juga memberikan perhatian khusus melalui sesi bimbingan dan perbincangan secara individu atau berkumpulan bagi memastikan setiap murid mendapat sokongan bersesuaian dengan tahap penguasaan masing-masing.

“Harapan pihak sekolah adalah agar segala usaha dan komitmen yang diberikan ini dapat membuahkan hasil.

“Ini sekali gus membantu calon SPM 2026 mencapai keputusan yang membanggakan dan meningkatkan prestasi sekolah.

“Kami percaya dengan usaha bersungguh-sungguh, bimbingan guru yang berterusan, sokongan ibu bapa serta kesungguhan murid sendiri, kejayaan yang diimpikan mampu direalisasikan,” katanya.

Pihak sekolah mendoakan agar semua calon SPM 2026 diberikan ketenangan, kesihatan yang baik dan dipermudahkan sepanjang menghadapi peperiksaan. 
Pihak sekolah mendoakan agar semua calon SPM 2026 diberikan ketenangan, kesihatan yang baik dan dipermudahkan sepanjang menghadapi peperiksaan.

Mengulas harapan kepada calon SPM 2026, beliau menasihatkan mereka supaya terus berusaha, meningkatkan disiplin diri dan memanfaatkan masa yang ada untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan.

Calon juga diingatkan supaya sentiasa menghormati guru, mendapatkan bimbingan apabila menghadapi kesukaran, mengamalkan teknik pembelajaran berkesan serta menjaga kesihatan fizikal dan mental.

“Pihak sekolah mendoakan agar semua calon SPM 2026 diberikan ketenangan, kesihatan yang baik dan dipermudahkan sepanjang menghadapi peperiksaan.

“Kejayaan bukan sekadar memperoleh keputusan cemerlang, tetapi juga tentang usaha, ketabahan dan akhlak mulia sepanjang perjalanan menuju kejayaan,” katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran yang mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Zainab Abu Kassim; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Raja Melana, Yuhana Anom Md. Yunos serta Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau, Mohd Nasir Che Amat.

Selain itu, tetamu kenamaan lain ialah Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Dato’ Shamsudin Nain, Jaidy Hawary Ilias dan  Imam Masjid Imam Haji Kahar, Kompleks Pusat Islam Rantau, Rohaizat Abad

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 199 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com