DBKL roboh 16 struktur tanpa kelulusan di Pudu
Operasi itu turut disertai beberapa jabatan dalaman DBKL serta agensi berkaitan, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pengurusan Air Selangor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pemilik perniagaan mematuhi syarat lesen yang ditetapkan. DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pemilik perniagaan mematuhi syarat lesen yang ditetapkan.
DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan 16 struktur binaan tanpa kelulusan dalam operasi penguatkuasaan di hadapan Pasaraya PCK, Jalan Pasar Baru, Pudu, Isnin baru-baru ini.
Operasi bersepadu yang dilaksanakan itu melibatkan 12 struktur sambungan tanpa kelulusan serta empat binaan gerai kekal yang dirobohkan oleh Jabatan Perlesenan DBKL.
DBKL dalam kenyataan menerusi Facebook memaklumkan, tindakan berkenaan diambil mengikut Seksyen 46(1) dan Seksyen 69(3), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, susulan notis penguatkuasaan yang dikeluarkan kepada premis terbabit sebelum ini gagal dipatuhi.
Menurut DBKL, sebahagian struktur berkenaan didapati menutup sepenuhnya laluan akses belakang premis, selain digunakan sebagai stor simpanan dan ruang perniagaan tambahan.
Operasi itu turut disertai beberapa jabatan dalaman DBKL serta agensi berkaitan, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pengurusan Air Selangor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Hasil pemeriksaan tapak bersama JBPM sebelum operasi mendapati terdapat premis yang mengubah laluan akses kecemasan, manakala tindakan lanjut akan diambil oleh pihak bomba mengikut bidang kuasa agensi berkenaan.
Bagaimanapun, atas nasihat JBPM, binaan bilik sejuk (coolroom) dan peralatan penyejuk (chiller) di atas struktur terbabit tidak dipecahkan dalam operasi itu.
Pemilik pasar raya berkenaan diberikan tempoh tujuh hari untuk merobohkan sendiri binaan dan peralatan tersebut.
DBKL turut memaklumkan, masih terdapat sebahagian struktur Pasaraya PCK yang belum dapat ditanggalkan sepenuhnya dan kerja-kerja berkenaan akan disambung dalam operasi akan datang.
Penangguhan itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemunggahan barangan di pasar pagi Pudu.
Dalam pada itu, DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pemilik perniagaan mematuhi syarat lesen yang ditetapkan.
Pihak berkuasa tempatan itu turut mengingatkan peniaga supaya tidak membuat sebarang halangan di laluan awam, jalan raya, petak letak kereta dan kawasan awam.
Orang ramai yang ingin menyalurkan aduan atau maklum balas boleh berbuat demikian menerusi portal AduKL di https://adukl.dbkl.gov.my/.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

Curi kabel di siang hari di Jalan Tun Razak, polis giat buru kumpulan suspek
Oleh The Step21 November 2026 pada 04:14 PTG

Khoo Poay Tiong akui silap, mohon maaf isu premis tutup Jumaat di Kuala Terengganu


