ASEAN perkukuh kerjasama banteras jenayah rentas sempadan
Penyertaan ini mencerminkan komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperkukuh tindakan bersama, perkongsian maklumat dan penyelarasan antara agensi penguatkuasaan ASEAN bagi melindungi rakyat daripada ancaman jenayah rentas sempadan


Delegasi Malaysia diketuai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (paling kiri) dengan diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Dr. Awang Alik Jeman, serta wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bahagian Antarabangsa KDN.
MALAYSIA terus memperkukuh kerjasama keselamatan serantau bersama negara anggota ASEAN bagi membanteras jenayah rentas sempadan yang semakin kompleks menerusi Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan ke-20 (AMMTC Ke-20), di Makati City, Filipina.
Delegasi Malaysia diketuai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dengan diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Dr. Awang Alik Jeman, serta wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bahagian Antarabangsa KDN.
Menurut KDN menerusi kenyataan di Facebook, penyertaan Malaysia mencerminkan komitmen negara untuk memperkukuh tindakan bersama, perkongsian maklumat dan penyelarasan antara agensi penguatkuasaan ASEAN.
“Penyertaan ini mencerminkan komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperkukuh tindakan bersama, perkongsian maklumat dan penyelarasan antara agensi penguatkuasaan ASEAN bagi melindungi rakyat daripada ancaman jenayah rentas sempadan yang semakin kompleks,” menurut kenyataan itu.
Antara perkara yang menjadi tumpuan perbincangan ialah jenayah siber dan penipuan dalam talian, pengubahan wang haram, penyeludupan manusia serta pengedaran dadah haram.
Kerjasama erat antara negara anggota dilihat penting bagi meningkatkan keberkesanan usaha membanteras kegiatan jenayah yang merentasi sempadan negara.
Mesyuarat itu turut meneruskan usaha pelaksanaan Pelan Tindakan ASEAN dalam Membanteras Jenayah Rentas Sempadan 2026–2035, yang diterima pakai pada AMMTC Ke-19 di Melaka pada 2025.
Dalam rangka mesyuarat berkenaan, Saifuddin Nasution turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Brunei Darussalam yang bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Keselamatan dan Undang-Undang, Dato Seri Setia Awang Haji Sufian Haji Sabtu.
Pertemuan itu memfokuskan pengukuhan perkongsian maklumat kepolisan dan keselamatan bagi meningkatkan keberkesanan tindakan bersama menangani jenayah rentas sempadan.
Ia turut mencerminkan hubungan erat Malaysia-Brunei serta komitmen kedua-dua negara dalam memelihara keselamatan dan kestabilan serantau.
“KDN akan terus memperkukuh hubungan strategik dengan negara anggota ASEAN dan rakan dialog demi memastikan rantau ini kekal selamat, stabil dan berdaya tahan,” menurut kenyataan itu.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

Curi kabel di siang hari di Jalan Tun Razak, polis giat buru kumpulan suspek
Oleh The Step21 November 2026 pada 04:14 PTG

Khoo Poay Tiong akui silap, mohon maaf isu premis tutup Jumaat di Kuala Terengganu


