The Step - Every Story Moves You

‘40 peratus penonton MCR dari luar negara, bawa limpahan ekonomi’ – Fahmi Fadzil

Perbelanjaan penonton bukan hanya tertumpu kepada pembelian tiket, sebaliknya turut merangkumi penggunaan pengangkutan, pembelian makanan dan pelbagai aktiviti lain sepanjang berada di negara ini.

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan20 November 2026 pada 06:11 PG1 min bacaanDikemas kini 20 November 2026 pada 06:14 PG
perbelanjaan penonton bukan hanya tertumpu kepada pembelian tiket, sebaliknya turut merangkumi penggunaan pengangkutan, pembelian makanan dan pelbagai aktiviti lain sepanjang berada di negara ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil

PENGANJURAN konsert berskala antarabangsa seperti My Chemical Romance (MCR) Live in Kuala Lumpur bukan sahaja menawarkan pengalaman hiburan kepada peminat, malah turut memberi limpahan ekonomi kepada negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kehadiran 40 peratus peminat dari luar negara yang sanggup membeli tiket untuk menyaksikan persembahan secara langsung MCR itu memberi kesan positif kepada sektor ekonomi tempatan.

Menurutnya, perbelanjaan penonton bukan hanya tertumpu kepada pembelian tiket, sebaliknya turut merangkumi penggunaan pengangkutan, pembelian makanan dan pelbagai aktiviti lain sepanjang berada di negara ini.

“Apabila mereka membeli tiket dan datang menyaksikan persembahan seperti ini, limpahan ekonominya turut dirasai. Mereka datang menggunakan kereta, membeli makanan dan sebagainya.

“Jadi, memang sangat positif,” katanya ketika ditemui media selepas malam pertama konsert My Chemical Romance Live in Kuala Lumpur di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Dalam perkembangan sama, Fahmi turut berkongsi sisi peribadinya sebagai peminat muzik apabila mengakui meminati MCR.

Konsert yang berlangsung pada 19 dan 20 November itu menyaksikan kumpulan rock alternatif dari Amerika Syarikat berkenaan kembali mengadakan persembahan di Malaysia selepas 19 tahun.

Malam pertama konsert berkenaan dilaporkan menghimpunkan kira-kira 62,000 penonton yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 199 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com