The Step - Every Story Moves You

27 ditahan dalam serbuan KTV, polis kesan khidmat GRO warga asing

Premis berkenaan turut didakwa menawarkan khidmat pegawai perhubungan tetamu (GRO) warga asing kepada pengunjung.

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan25 Oktober 2026 pada 02:18 PTG1 min bacaanDikemas kini 25 Oktober 2026 pada 02:22 PTG
Kesemua individu yang ditahan dibawa untuk membantu siasatan berhubung kesalahan di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1995 Selangor serta Akta Imigresen 1959/63.

Kesemua individu yang ditahan dibawa untuk membantu siasatan berhubung kesalahan di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1995 Selangor serta Akta Imigresen 1959/63. Foto: Facebook Jabatan Siasatan Jenayah PDRM

SERAMAI 27 individu terdiri daripada warga tempatan dan asing ditahan dalam serbuan polis ke atas sebuah pusat hiburan karaoke (KTV) di Icon City, Sungai Way, Petaling Jaya, awal pagi tadi.

Serbuan dilakukan Cawangan D7, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan bantuan D6 JSJ, Unit Drone Pasukan Gerakan Udara (PGU) dan pasukan bomba.

Menurut kenyataan Jabatan Siasatan Jenayah PDRM menerusi Facebook, pemeriksaan awal mendapati premis yang telah beroperasi selama lapan tahun itu dipercayai menjalankan operasi melebihi waktu yang dibenarkan.

Premis berkenaan turut didakwa menawarkan khidmat pegawai perhubungan tetamu (GRO) warga asing kepada pengunjung.

Kesemua individu yang ditahan dibawa untuk membantu siasatan berhubung kesalahan di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1995 Selangor serta Akta Imigresen 1959/63.

Dalam operasi itu, polis turut merampas peralatan audio, dokumen perniagaan dan wang tunai untuk tindakan serta siasatan lanjut.

Tindakan susulan sedang dijalankan bagi mengenal pasti peranan setiap individu yang ditahan, selain mengesan pihak lain yang dipercayai terlibat.

JSJ menegaskan penguatkuasaan terhadap premis hiburan yang melanggar undang-undang akan terus dipergiat bagi memastikan ketenteraman awam terpelihara dan setiap premis mematuhi syarat lesen yang ditetapkan.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 199 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com