Wajah Siti berbekas luka, peminat doakan konsert malam ini sukses
Para peminat mendoakan agar Siti Nurhaliza terus diberikan kesembuhan dan segala urusan konsert malam ini dipermudah.


Para peminat mendoakan agar Siti Nurhaliza terus diberikan kesembuhan dan segala urusan konsert malam ini dipermudah.
FOTO terbaharu Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang memperlihatkan kesan luka kecil di bawah mata dan lebam pada pipi mengundang perhatian serta kebimbangan peminat menjelang Konsert Tradisional Gema Bumantara yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Menerusi perkongsian di InstaStory miliknya, penyanyi berusia 47 tahun itu memaparkan wajahnya dengan kesan kecederaan berkenaan, sekali gus mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan peminat.
Bagaimanapun, Siti tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai punca kecederaan tersebut, sebaliknya menitipkan harapan agar segala urusan menjelang konsert berkenaan dipermudahkan.
“Bismillah semoga dipermudahkan. Jumpa esok (hari ini) Sitizoner sayang!” katanya ringkas.
Perkongsian itu kemudiannya tular di media sosial apabila peminat mula membuat pelbagai andaian, termasuk kemungkinan kecederaan tersebut berlaku ketika sesi latihan konsert.
Para peminat mendoakan agar Siti Nurhaliza terus diberikan kesembuhan dan segala urusan konsert malam ini dipermudah.
Konsert Tradisional Gema Bumantara bakal menyaksikan kemunculan Siti buat kali ketiga di lokasi ikonik berkenaan menerusi persembahan yang mengetengahkan kepelbagaian irama tradisional Melayu, termasuk zapin, joget, asli, inang dan klasik.
Acara berskala mega itu turut menampilkan penyanyi yang sinonim dengan irama tradisional, Noraniza Idris, Haziq Rosebi, King Nassar dan Lesti Kejora sebagai penyanyi jemputan.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan


Lee Junho curi perhatian di Cuckootopia, Cuckoo perkenal inovasi kediaman sihat

Adam Corrie terkilan penonton tunggu OTT, tidak sokong Orang Perang di pawagam


