The Step - Every Story Moves You

“Tak sabar nak sehidup semati”... Fazley Yaakob nekad naik pelamin dengan Vida

“Abang nok jago Sayang molek-molek, nok tengok Sayang senyum sokmo. Susoh senang, kito hadap samo-samo" - Fazley

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan24 Oktober 2026 pada 05:50 PTG1 min bacaanDikemas kini 24 Oktober 2026 pada 05:55 PTG
“Abang nok jago Sayang molek-molek, nok tengok Sayang senyum sokmo. Susoh senang, kito hadap samo-samo,”

Fazley meluahkan rasa syukur kerana memiliki Vida yang disifatkannya sebagai wanita paling comel dan sentiasa menceriakan kehidupannya.

CEF selebriti, Datuk Fazley Yaakob, mencuri perhatian apabila menitipkan ucapan hari jadi penuh romantis buat kekasihnya, usahawan Datuk Seri Vida, menerusi perkongsian di Threads.

Menerusi ucapan itu, Fazley meluahkan rasa syukur kerana memiliki Vida yang disifatkannya sebagai wanita paling comel dan sentiasa menceriakan kehidupannya.

Lebih mencuri perhatian, Fazley turut meluahkan keterujaan untuk melangkah ke fasa kehidupan seterusnya bersama usahawan berkenaan, selain berharap segala urusan mereka menuju ke pelamin dipermudahkan.

“Tok sabar rasanya nak sehidup semati. Ambo sayang awak ketak-ketak! Semoga dipermudahkan urusan kito ke pelamin,” tulisnya menggunakan dialek Kelantan.

Tidak sekadar itu, Fazley turut menegaskan kesungguhannya untuk menjaga Vida sebaik mungkin serta mahu melihat wanita itu sentiasa tersenyum dalam apa jua keadaan.

“Abang nok jago Sayang molek-molek, nok tengok Sayang senyum sokmo. Susoh senang, kito hadap samo-samo,” luahnya.

Ucapan itu turut diserikan dengan ungkapan cinta dalam bahasa Inggeris, “I love you, Sayang. Forever your Abang”, sekali gus memperlihatkan kemesraan hubungan mereka.

Dalam perkongsian sama, Fazley turut menyelitkan gurauan mengenai hidangan kegemarannya yang dinanti-nantikan bersama Vida, iaitu bihun goreng kosong yang dicicah dengan budu.

“Tak sabar nak breakfast Bihun goreng bodo cecah budu!” tulisnya berseloroh sambil menandakan akaun Threads Vida.

Perkongsian berkenaan memperlihatkan sisi romantis Fazley yang bukan sahaja menghargai keperibadian Vida, malah tidak menyembunyikan harapannya untuk membina kehidupan bersama wanita yang dicintainya itu.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com