The Step - Every Story Moves You

‘Saya pergi kerana Siti Nurhaliza dan Datuk K mohon sangat saya hadir’ - Anwar

“Siti Nurhaliza seorang Biduanita Negara terkenal. Persembahan itu memperkasa budaya Melayu seperti wayang kulit, tarian tradisional termasuk warisan Sabah dan Sarawak." - Anwar

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan20 Oktober 2026 pada 01:42 PTG1 min bacaanDikemas kini 20 Oktober 2026 pada 01:46 PTG
“Siti Nurhaliza seorang Biduanita Negara terkenal. Persembahan itu memperkasa budaya Melayu seperti wayang kulit, tarian tradisional termasuk warisan Sabah dan Sarawak." - Anwar

“Siti Nurhaliza seorang Biduanita Negara terkenal. Persembahan itu memperkasa budaya Melayu seperti wayang kulit, tarian tradisional termasuk warisan Sabah dan Sarawak." - Anwar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan kehadirannya ke Konsert Tradisional Gema Bumantara yang menampilkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini adalah atas permintaan penyanyi itu bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.

“Saya pergi kerana Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk K mohon sangat-sangat saya hadir.

“Jadi saya hadir Walaupun lambat sikit. Disebabkan itu saya ditegur beberapa rakan, terima kasihlah. Kerana yang tegur itu golongan warak tak pernah dengar lagu,” katanya ketika berucap dalam sesi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, persembahan berkenaan bukan sekadar sebuah konsert hiburan, sebaliknya turut mengangkat warisan budaya Melayu menerusi persembahan wayang kulit serta tarian tradisional, termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Menurut Anwar, usaha mengetengahkan seni dan budaya tradisional itu merupakan sesuatu yang membanggakan kerana ia mencerminkan kekayaan warisan negara.

“Siti Nurhaliza seorang Biduanita Negara terkenal. Persembahan itu memperkasa budaya Melayu seperti wayang kulit, tarian tradisional termasuk warisan Sabah dan Sarawak.

“Satu kebanggaan kerana ia adalah budaya klasik dan Melayu,” katanya.

Anwar turut menjelaskan beliau tetap memenuhi jemputan berkenaan meskipun tiba agak lewat, selepas Siti Nurhaliza dan suaminya bersungguh-sungguh memintanya hadir.

Bagaimanapun, beliau mengakui menerima teguran daripada beberapa rakan susulan kehadirannya ke acara berkenaan.

“Jadi saya hadir walaupun lambat sikit. Disebabkan itu saya ditegur beberapa rakan, terima kasihlah. Kerana yang tegur itu yang warak tak pernah dengar lagu.

“Saya ini minat bukan sahaja lagu Melayu dan Inggeris, Hindustan pun saya minat,” katanya.

Kenyataan itu memperlihatkan pendirian Anwar yang melihat seni dan budaya sebagai sebahagian daripada warisan yang wajar dihargai, selain mengakui minatnya terhadap muzik merangkumi pelbagai bahasa dan genre.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com