‘Rozi, Siti terima kasih ingat Kak Ani’ – Noraniza Idris
"Rozi dan Siti, terima kasih kerana masih mengingati Kak Ani. Jemputan ini sangat besar maknanya," katanya.


"Rozi dan Siti, terima kasih kerana masih mengingati Kak Ani. Jemputan ini sangat besar maknanya," - Noraniza Idris Foto: Instagram Anwar Ibrahim
PENYANYI Noraniza Idris meluahkan rasa syukur dan terharu selepas diberi peluang berkongsi pentas bersama Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Konsert Tradisional Gema Bumantara di TM Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Menerusi perkongsian di Threads, Noraniza atau mesra disapa Kak Ani menyifatkan jemputan itu cukup bermakna, apatah lagi selepas sekian lama tidak berpeluang membuat persembahan bersama penyanyi nombor satu negara itu.
Menurutnya, segala penat lelah menjalani latihan demi latihan sebelum konsert berlangsung terasa berbaloi apabila dapat menyempurnakan amanah yang diberikan dengan jayanya.
"Pentas sudah sunyi, tetapi kenangan malam tadi masih belum reda dalam hati Kak Ani.
"Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyambut Hati Kama serta Dondang Dendang dengan penuh kasih.
"Selepas beberapa hari melalui latihan demi latihan, Alhamdulillah, Allah pinjamkan kekuatan untuk Kak Ani menyempurnakan amanah ini. Saat berdiri di hadapan anda semua, segala penat terasa begitu berbaloi," katanya.
Dalam masa sama, Noraniza turut merakamkan penghargaan kepada Siti dan Rozi kerana masih mengingati dirinya serta memberikan peluang untuk kembali menyerikan pentas menerusi persembahan muzik tradisional.
"Rozi dan Siti, terima kasih kerana masih mengingati Kak Ani. Jemputan ini sangat besar maknanya," katanya.
Kemunculan semula Noraniza dan Siti menerusi lagu Hati Kama pastinya menjadi momen istimewa buat peminat muzik tradisional, apatah lagi apabila kedua-duanya kembali berduet selepas lebih dua dekad tidak menyanyikan lagu itu bersama di pentas.
Persembahan berkenaan bukan sahaja mengimbau nostalgia, malah memperlihatkan keistimewaan muzik tradisional yang terus mendapat tempat di hati peminat merentasi generasi.
Konsert Tradisional Gema Bumantara menjadi platform mengangkat keindahan seni dan warisan muzik Nusantara, sekali gus membuktikan bahawa karya tradisional masih mempunyai daya tarikan tersendiri apabila dipersembahkan dengan sentuhan yang segar.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan


Lee Junho curi perhatian di Cuckootopia, Cuckoo perkenal inovasi kediaman sihat

Adam Corrie terkilan penonton tunggu OTT, tidak sokong Orang Perang di pawagam


