The Step - Every Story Moves You

Rahim Razali dinobat Tokoh Seri Angkasa 2026, bawa pulang Proton e.MAS 7

Anugerah Tokoh Seri Angkasa diberikan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar Rahim yang telah mewarnai dunia seni dan penyiaran tanah air selama berpuluh tahun.

TS
Oleh The StepPengarang Berita25 Oktober 2026 pada 06:57 PG1 min bacaanDikemas kini 25 Oktober 2026 pada 07:02 PG
Anugerah Tokoh Seri Angkasa diberikan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar Rahim yang telah mewarnai dunia seni dan penyiaran tanah air selama berpuluh tahun.

Rahim Razali menerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa daripada Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.

LEGENDA seni tanah air, Datuk Rahim Razali terus menerima penghormatan atas jasa dan dedikasinya dalam industri seni serta penyiaran apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2026.

Pengiktirafan itu disampaikan pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA 2026) edisi ke-37 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam Sabtu.

Kejayaan berkenaan turut hadir dengan hadiah lumayan apabila Rahim membawa pulang sebuah kenderaan elektrik (EV), Proton e.MAS 7 bernilai RM150,000.

Selain itu, beliau turut menerima wang tunai RM10,000, sumbangan RM8,000 daripada CIMB serta pakej percutian tiga hari dua malam di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur bernilai RM1,000.

Anugerah Tokoh Seri Angkasa diberikan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar Rahim yang telah mewarnai dunia seni dan penyiaran tanah air selama berpuluh tahun.

Sementara itu, ASA 2026 yang mengangkat tema Segalanya Bermula Di Sini mempertandingkan 60 kategori meliputi tiga bidang utama iaitu televisyen, radio dan media baharu, selain menyampaikan dua anugerah khas.

Majlis berprestij itu dikendalikan oleh dua pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi dan Sherry Alhadad.

Penganjuran tahun ini turut menampilkan konsep persembahan muzikal Broadway bagi memeriahkan acara, selain bersempena sambutan ulang tahun ke-80 Jabatan Penyiaran Malaysia.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com