The Step - Every Story Moves You

Peminat Siti Nurhaliza diingatkan waspada penipuan tiket, t-shirt Gema Bumantara

Waspada dengan penipuan tiket Konsert Tradisional Gema Bumantara

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan12 September 2026 pada 04:51 PTG1 min bacaanDikemas kini 13 September 2026 pada 09:54 PTG
Peminat diingatkan supaya lebih berhati-hati dengan pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan menjelang Konsert Tradisional Gema Bumantara

Peminat diingatkan supaya lebih berhati-hati dengan pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan menjelang Konsert Tradisional Gema Bumantara

Para peminat Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza diingatkan supaya lebih berhati-hati dengan pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan menjelang Konsert Tradisional Gema Bumantara yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Perkara ini dikongsi pengurus Siti Nurhaliza, Rozi Abd Razak, selepas menerima beberapa mesej langsung (DM) daripada peminat yang memaklumkan mengenai kewujudan akaun tertentu yang didakwa menjual t-shirt konsert selain menawarkan tiket yang kononnya termasuk pas meet and greet.

Menurut Rozi, terdapat peminat yang mendakwa menjadi mangsa selepas membuat pembelian, termasuk tidak menerima t-shirt yang dijanjikan.

Lebih membimbangkan apabila terdapat pihak yang menawarkan pakej tiket bersama pas meet and greet yang tidak diketahui kesahihannya.

“Berhati-hati dengan satu akaun (tapi banyak tukar nama) yang menjual t-shirt konsert Gema Bumantara. Ada yang tertipu, t-shirt tak dapat dan ada yang ditawarkan kononnya tiket dan pas meet & greet.

“Macam biasa, cubalah sedaya upaya elak kecuali daripada organiser atau official,” katanya menerusi perkongsian di Threads.Menurut Rozi lagi, SN Legacy yang menguruskan merchandise rasmi berkaitan Siti Nurhaliza, akan mengeluarkan t-shirt secara rasmi.

Peminat diminta bersabar kerana sebelum ini pernah terjadi  reka bentuk merchandise rasmi turut diambil dan dicetak oleh pihak lain secara tidak sah.

Sehubungan itu, peminat dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran harga menarik atau pakej eksklusif, khususnya yang menawarkan akses meet and greet.

Sebaliknya, pembelian tiket dan merchandise hendaklah dibuat melalui penganjur atau saluran rasmi bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

Konsert Tradisional Gema Bumantara, Dato' Sri Siti Nurhaliza akan berlangsung pada 17 Oktober 2026, jam 8.30 malam di TM Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Konsert berkenaan turut menampilkan barisan artis undangan termasuk Noraniza Idris, Haziq Rosebi, Lesti Kejora dan King Nassar.

Tiket rasmi boleh didapati menerusi Ticket2U. Dapatkan segera! - THE STEP

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 192 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com