Mierul Aiman bangga produk tempatan, kualiti setanding jenama antarabangsa
"Kualiti produk tempatan dengan antarabangsa kini sudah setanding. Saya sendiri kini banyak menggunakan produk tempatan." - Mierul Aiman


"Kualiti produk tempatan dengan antarabangsa kini sudah setanding. Saya sendiri kini banyak menggunakan produk tempatan." - Mierul Aiman
PELAKON popular, Mierul Aiman menyatakan sokongan terhadap kempen membeli barangan buatan Malaysia yang semakin mendapat perhatian dalam media sosial ketika ini, sekali gus menyeru rakyat agar lebih menghargai dan memperkasakan produk tempatan.
Menurut Mierul atau nama lengkapnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, 28, produk keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk antarabangsa dan dia sendiri merupakan pengguna produk buatan tempatan.
"Kualiti produk tempatan dengan antarabangsa kini sudah setanding. Saya sendiri kini banyak menggunakan produk tempatan.
"Saya suka melihat bila ramai yang mula membuka mata dan menyokong produk tempatan terutamanya daripada golongan muda.
"Saya harap industri yang membabitkan pengeluaran produk tempatan semakin berkembang dan maju," katanya ketika ditemui di majlis Meet & Greet Mierul Aiman x Dr. Cardin, di sini baru-baru ini.



Tambah calon Pelakon Lelaki Harapan Festival Filem Malaysia ke-35 itu lagi, rakyat Malaysia tidak seharusnya berasa malu memakai produk buatan tempatan.
"Saya sendiri jatuh cinta dengan produk tempatan. Seperti baru-baru ini saya terlibat dengan satu projek bersama jenama Dr. Cardin. Kami pergi ke Dabong, Kelantan untuk melakukan aktiviti lasak di sana dan dirakamkan menjadi sebuah dokumentari.
"Sepanjang dua hari di sana, saya pakai kasut dan beg daripada jenama ini dan saya boleh katakan kualitinya sangat bagus. Walaupun saya lakukan pelbagai aktiviti lasak seperti masuk air terjun, panjat bukit dan meredah gua, tetapi barang yang saya pakai masih okey," kongsinya.




Terdahulu netizen tempatan giat berkempen untuk menggunakan dan membeli produk buatan Malaysia susulan ketegangan yang berlaku di antara netizen Malaysia dan Indonesia.
Lebih menghangatkan keadaan apabila sebuah jenama dari Indonesia dilihat mempersendakan Malaysia dalam salah satu hantaran dalam akaun rasmi media sosial mereka.
Susulan itu, netizen membuat gerakan untuk memboikot jenama tersebut dan mula memperkasakan jenama tempatan

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan


Lee Junho curi perhatian di Cuckootopia, Cuckoo perkenal inovasi kediaman sihat

Adam Corrie terkilan penonton tunggu OTT, tidak sokong Orang Perang di pawagam


