The Step - Every Story Moves You

‘Lagu tradisional Siti Nurhaliza jadi terapi jiwa’ - Dr Hisham Dzakiria

'Lagu atau muzik yang dibawakan Siti Nurhaliza ternyata membuatkan peminat selesa, sekaligus menjadi terapi jiwa' - Dr Hisham Dzakiria

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan16 Oktober 2026 pada 11:49 PG2 min bacaanDikemas kini 16 Oktober 2026 pada 12:01 PTG
'Lagu atau muzik yang dibawakan ternyata membuatkan peminat selesa, sekaligus menjadi terapi jiwa' - Dr Hisham Dzakiria

'Lagu atau muzik yang dibawakan ternyata membuatkan peminat selesa, sekaligus menjadi terapi jiwa' - Dr Hisham Dzakiria

DALAM kesibukan mengejar tuntutan hidup, manusia sering terlupa bahawa emosi juga memerlukan ruang untuk berehat.

Tekanan kerja, masalah keluarga, putus cinta dan beban fikiran boleh membuatkan seseorang penat, bukan sahaja secara fizikal, malah mental dan emosi.

Pakar terapi emosi, Dr Hisham Dzakiria, melihat muzik sebagai antara medium yang boleh dimanfaatkan untuk membantu seseorang mengurus emosi.

Menjelang Konsert Tradisional Gema Bumantara, Datuk Seri Siti Nurhaliza esok, Dr Hisham melihat ini juga salah satu cara untuk merawat jiwa buat para peminat.

“Kadangkala, kita terlalu sibuk menjaga perasaan orang lain sehingga terlupa memberikan perhatian kepada emosi sendiri.

“Mendengar lagu yang dekat di hati boleh menjadi ruang untuk kita berhenti seketika, menenangkan fikiran dan memahami apa yang sedang dirasai.

“Menghayati lagu-lagu tradisional bukan sahaja sebagai terapi jiwa, tetapi juga menunjukkan rasa cinta kita kepada warisan budaya nenek moyang kita.

“Jadi saya faham, para peminat Biduanita Negara ini sering menjadikan lagu-lagu beliau sebagai cara untuk healing. Lagu atau muzik yang dibawakan ternyata membuatkan mereka selesa, sekaligus menjadi terapi jiwa,” katanya.

Lagu seperti Cindai, Nirmala dan Ya Maulai bukan sahaja menyerlahkan keindahan muzik tradisional, malah boleh membawa pendengar menghayati melodi yang dekat dengan jiwa serta membangkitkan kenangan tersendiri.

Bagi sesetengah individu, muzik yang mempunyai nilai nostalgia boleh memberikan rasa selesa, sekali gus membantu mereka melepaskan seketika tekanan yang dihadapi.

Muzik sebagai ruang menenangkan emosi

Dalam usaha menjaga kesejahteraan emosi, seseorang tidak semestinya memerlukan perubahan besar.

Aktiviti sederhana seperti meluangkan masa mendengar muzik boleh menjadi sebahagian daripada rutin penjagaan diri, terutama selepas melalui hari yang meletihkan.

“Proses healing tidak semestinya bermula dengan sesuatu yang besar. Kita boleh bermula dengan memberikan diri sendiri ruang untuk berehat, menikmati muzik yang disukai dan tidak memaksa diri untuk sentiasa kelihatan kuat,” katanya.

Bagaimanapun, kesan muzik berbeza bagi setiap individu. Lagu yang menenangkan seseorang mungkin membangkitkan emosi berbeza kepada orang lain. Justeru, pemilihan muzik perlu disesuaikan dengan keadaan dan keperluan diri.

Healing bukan sekadar melupakan masalah

Proses healing atau memulihkan emosi bukan sekadar mencari hiburan untuk melupakan masalah, sebaliknya turut melibatkan usaha memahami perasaan dan menerima cabaran kehidupan.

“Mendengar lagu tradisional Siti Nurhaliza boleh menjadi salah satu cara untuk berehat dan memberikan ruang kepada diri sebelum kembali menghadapi tuntutan harian.

“Bagaimanapun, muzik bukan pengganti bantuan profesional sekiranya tekanan emosi berpanjangan sehingga mengganggu kehidupan seharian.

Hakikatnya, menjaga emosi bukan tanda kelemahan, sebaliknya satu bentuk penghargaan terhadap diri sendiri.

Ada kalanya, ketenangan bermula dengan perkara sederhana, termasuk duduk seketika, menghayati alunan lagu kegemaran dan memberikan jiwa ruang untuk bernafas.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com