The Step - Every Story Moves You

‘Kuah tetap tumpah ke nasi’, cucu Tun Mahathir dipuji cantik seiras Tun Hasmah

Rata-rata netizen terpesona dengan kecantikan Masira Yasmin, selain menyifatkan gaya rambut klasiknya mengingatkan mereka kepada penampilan isteri Tun Dr. Mahathir itu suatu ketika dahulu.

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan13 Oktober 2026 pada 07:16 PG1 min bacaanDikemas kini 13 Oktober 2026 pada 07:21 PG
Ramai netizen menyifatkan Yasmin memiliki persamaan dengan Allahyarham neneknya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, ketika muda.

Ramai netizen menyifatkan Masira Yasmin memiliki persamaan dengan Allahyarham neneknya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, ketika muda. Foto: Media sosial

KEMUNCULAN Masira Yasmin, cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada majlis pernikahan pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, baru-baru ini mencuri perhatian netizen.

Bukan sahaja penampilannya yang anggun menjadi perhatian, malah wajahnya turut mengundang pelbagai pujian apabila ramai menyifatkan Masira Yasmin memiliki persamaan dengan Allahyarham neneknya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, ketika muda.

Menerusi komen yang tular di media sosial, rata-rata netizen terpesona dengan kecantikan Masira Yasmin, selain menyifatkan gaya rambut klasiknya mengingatkan mereka kepada penampilan isteri Tun Dr. Mahathir itu suatu ketika dahulu.

Malah, ada yang berpendapat persamaan tersebut dapat dilihat menerusi bentuk wajah, mata dan keseluruhan penampilannya.

Antara komen yang mencuri perhatian ialah seorang netizen yang menulis, “Face card that never declined,” sambil memuji gaya rambut Yasmin yang disifatkan klasik dan anggun.

“Style Tun Hasmah time muda. Cantik. Kuah tetap akan tumpah ke nasi,” tulis seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi netizen turut berkongsi pandangan sama selepas melihat penampilan Yasmin menerusi siaran langsung majlis berkenaan.

“Betul cantikk. Tengok live kat TV... memang iras sangat Tun Hasmah,” katanya.

Tidak kurang juga yang menyifatkan Yasmin sebagai bayangan Tun Siti Hasmah ketika muda.

“Tun Siti masa muda,” tulis seorang netizen ringkas.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang memuji persamaan pada bahagian mata dan bentuk wajah Yasmin dengan Allahyarham Tun Siti Hasmah.

“Masya-Allah, tabarakallah. Memang cantik. Mata dia benar-benar mengingatkan saya kepada Allahyarham Tun Hasmah,” tulis seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi turut meninggalkan komen, “She looks like the young version of Tun Hasmah,” bagi menggambarkan persamaan wajah kedua-duanya.

Kecantikan serta penampilan elegan Tun Siti Hasmah sejak dahulu sememangnya meninggalkan kenangan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Masira Yasmin adalah anak perempuan kepada ahli perniagaan Tan Sri Mokhzani Mahathir dan isterinya, Puan Sri Mastisa Mohamed.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com