The Step - Every Story Moves You

Ibu Syafiq Kyle, Syazwan Razak meninggal dunia

IBU kepada pelakon Syafiq Kyle dan Syazwan Razak, Rohaya Sulaiman, menghembuskan nafas terakhir pagi ini.

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan17 Oktober 2026 pada 12:18 PTG1 min bacaanDikemas kini 17 Oktober 2026 pada 12:21 PTG
Berita pemergian Allahyarham dikongsikan menantunya yang juga pelakon, Mimi Lana menerusi satu hantaran di media sosial, hari ini.

IBU kepada pelakon Syafiq Kyle dan Syazwan Razak, Rohaya Sulaiman, menghembuskan nafas terakhir pagi ini.

IBU kepada pelakon Syafiq Kyle dan Syazwan Razak, Rohaya Sulaiman, menghembuskan nafas terakhir pagi ini.

Berita pemergian Allahyarham dikongsikan menantunya yang juga pelakon, Mimi Lana menerusi satu hantaran di media sosial, hari ini.

Menerusi perkongsian itu, Mimi memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan roh ibu mentuanya selain menitipkan doa agar segala dosa Allahyarham diampunkan dan ditempatkan di syurga.

“Al-Fatihah. Minta doakan ibu mentua saya yang baru kembali ke Rahmatullah, pagi ini.

“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah Rohaya Binti Sulaiman, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Ameen YRA,” tulisnya.

Perkhabaran duka itu turut dikongsikan Syazwan menerusi Instagram Story apabila memaklumkan ibunya sudah meninggal dunia sambil meminta orang ramai menyedekahkan bacaan al-Fatihah buat Allahyarham.

“Ibu dah tak ada. Minta jasa baik semua untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk ibu tercinta saya. Maafkannya jika ada salah dan silap,” tulisnya.

Bagaimanapun, setakat ini, pihak keluarga belum berkongsi maklumat lanjut berhubung punca kematian Allahyarham mahupun urusan pengebumiannya.

Syafiq juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pemergian ibunya.

Sementara itu, ruangan komen hantaran Mimi dibanjiri ucapan takziah daripada rakan industri seni dan peminat yang turut menzahirkan rasa dukacita serta menitipkan doa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com