The Step - Every Story Moves You

Hari jadi bertukar duka, Cik B terima berita bapa meninggal dunia

“Hari ni hari jadi Mama, dan hari ni juga Cik B dapat berita yang Abah dah meninggal dunia. Saya benar-benar tak tahu bagaimana nak rasa." - Cik B

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan24 Oktober 2026 pada 05:46 PTG1 min bacaanDikemas kini 24 Oktober 2026 pada 05:49 PTG
“Hari ni hari jadi Mama, dan hari ni juga Cik B dapat berita yang Abah dah meninggal dunia. Saya benar-benar tak tahu bagaimana nak rasa.

Cik B menerima berita kematian bapa kandungnya, Mohd Amin Yasin, pada hari lahir ibunya, Datuk Seri Vida.

HARI yang sepatutnya disambut dengan penuh kegembiraan bertukar hiba buat usahawan dan personaliti media sosial, Cik B, apabila menerima berita kematian bapa kandungnya, Mohd Amin Yasin, pada hari lahir ibunya, Datuk Seri Vida.

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin berkongsi berita duka itu menerusi satu hantaran di Threads, meluahkan perasaan bercampur-baur apabila kehilangan insan tersayang pada hari yang sepatutnya menjadi momen membahagiakan buat keluarganya.

Menerusi perkongsian itu, Cik B mengakui tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaannya apabila kegembiraan menyambut hari lahir ibunya diselubungi kesedihan atas pemergian bapanya.

“Hari ni hari jadi Mama, dan hari ni juga Cik B dapat berita yang Abah dah meninggal dunia. Saya benar-benar tak tahu bagaimana nak rasa.

“Hari yang sepatutnya dipenuhi kegembiraan, tetapi sebaliknya saya sedang bersedih. Al-Fatihah,” tulisnya.

Sementara itu, Vida turut meluahkan rasa dukacita atas pemergian bekas suaminya menerusi satu hantaran yang menyentuh hati.

Dalam perkongsian itu, Vida menitipkan ucapan Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Amin Yasin, selain menyebut dua anak mereka, Eddy dan Edry, yang turut menanti arwah di sana.

“Al-Fatihah Mohd Amin Yasin. Bapa kandung Cik B Kacak. Dua orang anak awak menunggu di sana juga, Eddy dan Edry,” tulisnya.

Luahan kedua-duanya mengundang rasa sebak apabila kehilangan insan tersayang itu hadir pada tarikh yang cukup bermakna buat keluarga berkenaan.

Dalam kegembiraan menyambut pertambahan usia, mereka sebaliknya perlu menerima hakikat pemergian insan yang pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan keluarga itu.

Al-Fatihah. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com