The Step - Every Story Moves You

FFM35: Malam Terlarang, Khadam monopoli pencalonan, Tarung beri saingan

FESTIVAL Filem Malaysia ke-35 (FFM35) tahun ini menyaksikan dua filem seram iaitu Malam Terlarang dan Khadam memonopoli pencalonan Top 5 yang masing-masing menerusi 12 kategori.

TS
Oleh The StepPengarang Berita11 Oktober 2026 pada 05:04 PTG3 min bacaanDikemas kini 11 Oktober 2026 pada 05:11 PTG
Bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik pula menyaksikan persaingan sengit lima penjuru iaitu Shaheizy Sam (Badak), Idan Aedan (Abah Saya Uncle Mike), Datuk Eman Manan (3 Hajat), Beto Kusyairy (Gayong 2) dan Amerul Affendi (Libang Libu).

FESTIVAL Filem Malaysia ke-35 (FFM35) tahun ini menyaksikan dua filem seram iaitu Malam Terlarang dan Khadam memonopoli pencalonan Top 5 yang masing-masing menerusi 12 kategori.

FESTIVAL Filem Malaysia ke-35 (FFM35) tahun ini menyaksikan dua filem seram iaitu Malam Terlarang dan Khadam memonopoli pencalonan Top 5 yang masing-masing menerusi 12 kategori.

Malam Terlarang terbitan Astro Shaw tercalon dalam kategori Filem Terbaik, Pengarah Harapan Terbaik (Labu), Pelakon Wanita Terbaik (Shasha Abedul), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Sofia Jane), Pelakon Wanita Harapan (Aila Azizul), Penyunting Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Tatarias/Solekan Terbaik, Rekaan Kostum/Busana Terbaik, Poster Terbaik, dan Kesan Khas Visual Terbaik.

Filem Khadam pula tercalon dalam Filem Terbaik,Poster Terbaik, Tatarias/Solekan Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Skor Muzik/Asal Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Zarra Zhaf), Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Karl’ El) dan Pengarah Terbaik (Shamyl Othman).

Sementara, filem Tarung arahan Razaisyam Rashid pula memberi saingan sengit menerusi 10 pencalonan.

Bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik pula menyaksikan persaingan sengit lima penjuru iaitu Shaheizy Sam (Badak), Idan Aedan (Abah Saya Uncle Mike), Datuk Eman Manan (3 Hajat), Beto Kusyairy (Gayong 2) dan Amerul Affendi (Libang Libu).

Manakala, kategori Pelakon Wanita Terbaik pula ialah membariskan wajah-wajah baharu seperti Shasha Abedul (Malam Terlarang), Aida Amron (Badak), Fish Liew (Payane For An Infant), Nad Zainal (Denu) dan Mimi Lana (Polong).

Bagi edisi kali ini, filem Macai (Skyzen Studios), Khadam (Red Communications & Komet Productions), Mother Bhumi (Janji Pictures Productions), Malam Terlarang (Astro Shaw, Infinitus Productions) dan Abah Saya Uncle Mike (Astro Shaw).

Pemenang kategori Filem Terbaik FFM35 nanti, pemenang bakal menerima geran Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM1 juta, wang tunai RM5,000, trofi, serta tambahan sewaan dan penggunaan fasiliti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bernilai RM20,000.

Edisi kali ini, empat anak seni iaitu Datuk Yusof Haslam, Norkumalasari, Seniman AR Badul dan Seniwati Norlia Ghani diangkat sebagai Tokoh FFM35 sebagai menghargai perjalanan seni mereka.

Sebelum ini, Pengerusi FINAS, Hans Isaac berkata, FFM35 tampil dengan sistem pemarkahan baharu yang lebih telus apabila membabitkan dua peringkat penilaian.

Kongsinya, peringkat pertama dikendalikan panel juri profesional yang identitinya dirahsiakan, manakala peringkat kedua pula melibatkan pemenang-pemenang FFM terdahulu bagi memastikan keputusan lebih adil dan diyakini industri.

Sebanyak 25 kategori akan dipertandingkan, manakala lima lagi kategori adalah anugerah khas yang tidak dipertandingkan.

Sebanyak 10 kategori akan dijurikan oleh pemenang-pemenang FFM terdahulu.

Bertemakan Spektrum Sinema, anugerah yang akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 itu melambangkan kepelbagaian warna, perspektif, idea dan kreativiti dalam dunia perfileman Malaysia.

Malam kemuncak FFM35 dijadual berlangsung di Istana Budaya pada 21 November depan, sekali gus menjadi edisi pertama dianjurkan di venue berprestij itu selepas kerja-kerja naik taraf selesai.

Kategori FFM35

1.Filem Terbaik

2.Pengarah Terbaik

3.Pelakon Lelaki Terbaik

4.Pelakon Wanita Terbaik

5.Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

6.Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

7.Pelakon Kanak-Kanak Terbaik

8.Pengarah Harapan

9.Pelakon Lelaki Harapan

10.Pelakon Wanita Harapan

11.Cerita Asal Terbaik

12.Lakon Layar Terbaik

13.Sinematografi Terbaik

14.Penyunting Terbaik

15.Penataan Bunyi Terbaik

16.Penataan Seni Terbaik

17.Kesan Khas Visual Terbaik

18.Skor Muzik Terbaik

19.Lagu Tema Terbaik

20.Tatarias/Solekan Terbaik

21.Rekaan Kostum/Busana Terbaik

22.Poster Terbaik

23.Filem Pendek Terbaik

24.Dokumentari Terbaik

25.Anugerah Khas Karyawan

26.Anugerah Khas Sepanjang Zaman

27.Anugerah Khas Juri 1

28.Anugerah Khas Juri 2

29.Anugerah Aksi & Lagak Ngeri Terbaik

30.Anugerah Khas Filem Box Office

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com