The Step - Every Story Moves You

Bella Astillah sah bergelar isteri Syed Saddiq

Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM500 dengan tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas sembilan daripada pihak wanita.

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan10 Oktober 2026 pada 12:08 PTG1 min bacaanDikemas kini 10 Oktober 2026 pada 12:14 PTG
Bella Astillah sah bergelar isteri Syed Saddiq

Bella Astillah akhirnya sah bergelar isteri kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq

PENYANYI dan pelakon, Bella Astillah akhirnya sah bergelar isteri kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada jam 10.40 pagi Sabtu.

Menurut laporan Astro Gempak, majlis akad nikah dikendalikan Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) selaku jurunikah iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan berwalikan bapa Bella Astillah, Awang Astillah Abdullah@ Dullah serta dua orang saksi, Ustaz Syed Abdullah Syed Nordin dan Ustaz Mohd Nizam Md Nor.

Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM500 dengan tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas sembilan daripada pihak wanita.

Pada hari istimewa itu, Bella dan Syed Saddiq mengenakan busana rekaan pereka fesyen terkenal Zaimi Zulkafli.

Lebih menarik Bella dan Syed Saddiq menjadi pasangan pertama yang disatukan sebagai suami isteri di bangunan ikonik Malaysia, Merdeka 118 Precinct.

Majlis bertema Islamic Arabic dihadiri 255 jemputan termasuk keluarga terdekat serta kenalan rapat kedua belah pihak.

Terdahulu, Bella Astillah secara rasmi mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq pada 28 Mac 2026. -Gempak

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com