Bapa Kmy Kmo meninggal dunia
Jenazah akan disolatkan di Masjid Saidina Uthman Ibn Affan, Kampung Marhum, Pekan, Pahang, dan dikebumikan selepas Zohor.


BAPA Kmy Kmo, Mohamed Azmaili Ismail, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang, pada 2.38 pagi Sabtu.
BAPA kepada penyanyi rap dan komposer, Kmy Kmo, Mohamed Azmaili Ismail, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang, pada 2.38 pagi Sabtu.
Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh Kmy Kmo atau nama sebenarnya, Lukmanul Hakim Mohamed Azmaili, menerusi hantaran di Threads miliknya.
Menerusi hantaran berkenaan, Kmy memaklumkan pemergian bapanya selain meminta orang ramai membantu menyampaikan berita itu kepada kenalan serta ahli keluarga Allahyarham.
“Salam semua, saya nak maklumkan, abah saya Mohamed Azmaili Ismail baru sahaja meninggalkan kita semua pada 2.38 pagi tadi di HTAA.
“Saya di HTAA sedang menyebarkan berita ini kepada semua kenalan Allahyarham dan diminta panjangkan berita ini kepada semua adik-beradik, ahli keluarga, dan juga kenalan-kenalan Allahyarham,” tulisnya.
Menurut Kmy, jenazah akan disolatkan di Masjid Saidina Uthman Ibn Affan, Kampung Marhum, Pekan, Pahang, dan dikebumikan selepas Zohor.
"Bagi yang mengenali Ayahanda saya boleh hadir untuk berikan penghormatan terakhir buat Arwah. Terima kasih. Assalamualaikum," katanya.
Terdahulu, pada 17 Oktober lalu, Kmy berkongsi mengenai keadaan bapanya yang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami serangan jantung serius serta komplikasi kesihatan lain.
Menurutnya, bapanya yang menjalani rawatan dialisis hampir 23 tahun turut mengalami kemerosotan fungsi jantung dari hari ke hari.
Pemergian Allahyarham pastinya menjadi satu kehilangan besar buat Kmy dan seluruh ahli keluarga.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan


Lee Junho curi perhatian di Cuckootopia, Cuckoo perkenal inovasi kediaman sihat

Adam Corrie terkilan penonton tunggu OTT, tidak sokong Orang Perang di pawagam


