“Bahagian tulang pipi masih rasa bengkak” - Siti Nurhaliza
“Alhamdulillah, semuanya adalah tanda kasih sayang Allah SWT kepada saya. " - Siti Nurhaliza


“Alhamdulillah, semuanya adalah tanda kasih sayang Allah SWT kepada saya,” kongsinya.
BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan kesan lebam dan luka kecil pada wajahnya masih belum pulih sepenuhnya selepas terjatuh ketika menjalani latihan Konsert Tradisional Gema Bumantara, baru-baru ini.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Kesuma itu bersyukur kerana tidak lagi mengalami kesakitan, kecuali bengkak yang masih dirasai di bahagian tulang pipi.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Siti turut meluahkan rasa syukur atas perkembangan positif keadaannya selepas insiden berkenaan.
“Tinggal nak hilangkan lebam sahaja. Sakit tak ada, kecuali bahagian tulang pipi masih rasa bengkak.
“Alhamdulillah, semuanya adalah tanda kasih sayang Allah SWT kepada saya,” kongsinya.
Terdahulu, kesan lebam di bawah mata serta luka kecil pada wajah penyanyi berusia 47 tahun itu mencuri perhatian ramai ketika Konsert Tradisional Gema Bumantara berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada Sabtu.
Menerusi sebuah video montaj (VT) yang ditayangkan pada konsert berkenaan, Siti mendedahkan insiden sebenar yang menyebabkan kecederaan tersebut.
Kejadian berlaku ketika beliau menjalani latihan dengan melakukan aksi melompat menggunakan tali sebelum kakinya tersadung, menyebabkan dirinya terjatuh tersembam ke lantai.
Insiden itu bagaimanapun tidak menghalang Siti daripada meneruskan persembahannya pada konsert berkenaan, sekali gus memperlihatkan komitmennya dalam menjayakan acara yang meraikan keindahan muzik tradisional itu.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan


Lee Junho curi perhatian di Cuckootopia, Cuckoo perkenal inovasi kediaman sihat

Adam Corrie terkilan penonton tunggu OTT, tidak sokong Orang Perang di pawagam


