The Step - Every Story Moves You

‘Bahagia bukan soal duit semata-mata’ - Ayu Damit

Ayu berkongsi kisah hidupnya itu di Program Strategic Neuro Leadership For Executives (SNLEX 2026) bersama pakar terapi emosi, Dr Hisham Dzakiria

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan16 Oktober 2026 pada 12:35 PTG2 min bacaanDikemas kini 16 Oktober 2026 pada 12:40 PTG
Sejak kecil saya sudah belajar mencari duit sendiri dengan berniaga kuih bagi membantu keluarga." - Ayu Damit

Sejak kecil saya sudah belajar mencari duit sendiri dengan berniaga kuih bagi membantu keluarga." - Ayu Damit

WANG sememangnya penting dalam kehidupan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang pernah melalui kesukaran hidup.

Namun, bagi penyanyi Ayu Damit, kebahagiaan sebenar bukan sekadar tentang wang, sebaliknya turut hadir daripada keluarga, persekitaran yang positif dan ketenangan menjalani kehidupan.

Perkara itu dikongsikan Ayu ketika menjadi penyanyi jemputan dalam program motivasi Strategic Neuro Leadership For Executives (SNLEX 2026) bersama pakar terapi emosi, Dr Hisham Dzakiria, di Melaka, baru-baru ini.

Sejak kecil saya sudah belajar mencari duit sendiri dengan berniaga kuih bagi membantu keluarga." - Ayu Damit
Ayu membuat persembaham di Program Strategic Neuro Leadership For Executives (SNLEX 2026) bersama pakar terapi emosi, Dr Hisham Dzakiria
Sejak kecil saya sudah belajar mencari duit sendiri dengan berniaga kuih bagi membantu keluarga." - Ayu Damit

Menerusi perkongsian tersebut, Ayu membuka sisi kehidupannya yang mungkin tidak diketahui ramai, terutama pengalaman membesar sebagai anak sulung dalam keluarga yang berdepan kesukaran kewangan.

“Sejak kecil saya sudah belajar mencari duit sendiri dengan berniaga kuih bagi membantu keluarga.

“Pengalaman itu membentuk diri saya menjadi seorang yang menghargai wang dan memahami betapa pentingnya kestabilan kewangan dalam kehidupan.

“Tidak hairanlah apabila mahu menyertai program realiti nyanyian One In A Million suatu ketika dahulu, wang menjadi antara tarikan utama buat saya.

“Penyertaan yang pada awalnya didorong keinginan mendapatkan wang itu akhirnya membuka pintu rezeki lebih besar apabila saya  berjaya memenangi pertandingan berkenaan,” katanya.

Bagi Ayu, kemenangan itu bukan sekadar membawa pulang ganjaran, malah menjadi titik permulaan perjalanan seninya dalam industri muzik tempatan.

Lagu pertamanya, Hanya Di Mercu, turut mempunyai makna tersendiri kerana mencerminkan perjalanan hidupnya yang tidak mudah untuk mencapai kejayaan.

Di sebalik pencapaian yang dikecapi, Ayu menyedari bahawa wang bukanlah satu-satunya ukuran kebahagiaan.

“Bagi saya, memiliki keluarga yang baik serta berada dalam persekitaran yang positif juga merupakan rezeki besar yang tidak ternilai dengan wang ringgit.

“Kesedaran itu menjadikan saya lebih menghargai perkara yang mungkin kelihatan sederhana, tetapi sebenarnya memberikan makna mendalam dalam kehidupan.

“Hakikatnya, wang boleh membantu memenuhi keperluan hidup dan memberikan keselesaan, namun kebahagiaan turut bergantung pada hubungan yang baik, sokongan insan tersayang serta suasana sekeliling yang membantu saya berkembang menjadi lebih positif,” katanya.

Kisah Ayu menjadi peringatan bahawa perjalanan mengejar kejayaan tidak seharusnya membuatkan seseorang terlupa untuk menghargai apa yang sudah dimiliki.

“Ada masanya, apabila kita  terlalu sibuk mengejar apa yang belum ada, kita terlupa bahawa keluarga yang menyokong, insan yang memahami dan persekitaran yang positif juga merupakan sebahagian daripada nikmat kehidupan,” tambahnya.

Bagi Ayu, pengalaman melalui kesusahan sejak kecil mengajarnya menghargai wang, manakala perjalanan hidup yang dilaluinya membuka mata bahawa rezeki hadir dalam pelbagai bentuk.

Bahagia bukan hanya apabila wang mencukupi, tetapi juga apabila hati berasa tenang, keluarga berada dalam keadaan baik dan kehidupan dikelilingi perkara yang membawa kebaikan.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com