The Step - Every Story Moves You

‘Apa dosa adik Asiah?’ Kamal Adli persoal nasib anak kecil, jangan pula beri alasan OKU

Kamal meluahkan rasa terkilan terhadap kejadian yang didakwa membabitkan sebuah kereta berwarna hitam itu, malah mempersoalkan nasib kanak-kanak berkenaan yang menjadi mangsa tragedi berkenaan.

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan12 Oktober 2026 pada 10:56 PG1 min bacaanDikemas kini 14 Oktober 2026 pada 08:31 PG
Kamal meluahkan rasa terkilan terhadap kejadian yang didakwa membabitkan sebuah kereta berwarna hitam itu, malah mempersoalkan nasib kanak-kanak berkenaan yang menjadi mangsa tragedi berkenaan.

Kamal meluahkan rasa terkilan terhadap kejadian yang didakwa membabitkan sebuah kereta berwarna hitam itu, malah mempersoalkan nasib kanak-kanak berkenaan yang menjadi mangsa tragedi berkenaan.

PELAKON, Kamal Adli meluahkan rasa kesal dan sedih susulan pemergian Allahyarham Asiah Ahmad Syahir, kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian dipercayai membabitkan langgar lari.

Menerusi satu hantaran di Threads, Kamal meluahkan rasa terkilan terhadap kejadian yang didakwa membabitkan sebuah kereta berwarna hitam itu, malah mempersoalkan nasib kanak-kanak berkenaan yang menjadi mangsa tragedi berkenaan.

Menurut Kamal, kejadian itu lebih menyedihkan apabila dikatakan berlaku ketika keadaan jalan raya sesak, sedangkan kenderaan terbabit didakwa dipandu laju.

“Rehat kejap pasal jerebu. Ni kes kereta hitam hentam adik sampai meninggal. Laju gilaaaa tengah jalan sesak! Apa dosa adik tu,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Kamal turut menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kemungkinan timbulnya pelbagai alasan berhubung kejadian berkenaan, termasuk dakwaan mengenai penggunaan kad orang kurang upaya (OKU).

“Jangan tiba-tiba keluar kad OKU la, kad Pokemon pulak. Tengok elok je rupa,” tulisnya lagi.

Luahan pelakon itu menggambarkan rasa kecewa dan simpati terhadap nasib kanak-kanak berkenaan, selain mengharapkan agar kejadian yang meragut nyawa seorang anak kecil itu mendapat perhatian sewajarnya.

Kamal turut mengakhiri hantaran berkenaan dengan ucapan takziah buat Allahyarham.

“Al-Fatihah adik Asiah,” tulisnya bersama emoji hati yang kecewa.

Terdahulu, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut sejurus kereta dinaiki bersama keluarganya dirempuh kenderaan lain yang dipandu melulu.

Kejadian itu yang tular di media sosial sejak semalam, didakwa berlaku Sabtu lalu di Jalan Kuching di sini.

Pemergian Asiah Ahmad Syahir mencetuskan kesedihan dan kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial, dengan ramai mengharapkan agar keadilan dapat ditegakkan buat keluarga mangsa.

Bagaimanapun, dakwaan berhubung punca kejadian, identiti individu yang dikatakan terlibat serta sebarang perkembangan berkaitan siasatan perlu dirujuk kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan kesimpulan dibuat berdasarkan maklumat yang belum disahkan.

Al-Fatihah buat Allahyarham Asiah. Semoga keluarganya diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan insan tersayang.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com